Terus Buat Open House Di Rumah Parents Selepas PKPP Diumumkan

PM dah umumkan yang kawalan pergerakan sudah dilonggarkan kerana Kes Covid 19 menunjukkan perkembangan yang bagus..Kawalan pergerakkan ini dipanggil PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan membolehkan certain aktiviti dilakukan seperti rentas negeri, pelancongan domestic dan etc.Betul-betul jea lepas PM umumkan PKPP, terus Godiks sepakat plan nak buat Open House di rumah parents. Masing-masing utarakan cadangan menu yang nak dihidangkan untuk open house.

 


Mesti ada orang fikir perghh berani betul nak buat Open House. Walaupun PM umumkan PKPP pun, aktiviti keramaiaan still tidak dibenarkan. Open house ni mengundang kepada kesesakan kot. Mau kena kompoun kalau pihak berkuasa dapat tahu. Kalau pihak berkuasa tak dapat tangkap pun, pasti dapat kecaman berbakul-bakul oleh rakyat netizen. (Kisah pulak iolss dengan kecaman rakyat netizen. Ahaks)

 


Open house yang nak buat di rumah parents ni among godiks family jea. Peringkat adik-beradik yang still ikut SOP iaitu tidak melebihi 20 orang. Bukan open house yang jemputan ramai tu. Kami rakyat yang patuh dengan perintah kerajaan kot. Dah kata tak boleh, tak adanya degil nak lawan jugak.

 

Godiks sepakat nak buat open house peringkat adik beradik sebab family adik lelaki ada balik rumah parents. Sebelum ni tak balik sejak PKP diumumkan ditambah lagi dengan macam-macam procedure nak kena follow sebab kerja di Singapore. Since semua ada, kenalah buat makan-makan special sedikit.
 



Masing-masing contribute satu menu untuk open house ini. Macam saya sponsor dominos pizza, didi buat spaghetti cabonara, mus sponsor SR cake dan Farid sponsor Hokaido Cheese Tart. Mak pulak prepare mee kari dan rending daging. Abah beli sate dan lemang. Dengar macam tak banyak. Tapi semua dihidang serentak atas meja, pergghh macam dessert buffet di hotel sangat.

 

 

Nak tambahkan lagi kemeriahan open house peringkat adik-beradik, siap ada tempah banner yang tertera Selamat Hari Raya dan dipasang pada dinding. Semua pula mengenakan busana pergi open house. Tak adalah pakai tshirt kain batik semua tu.





Sebelum makan, ada sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Raya PKP sememangnya patut dikenang sampai bila-bila sebab mengajar saya banyak benda. Salah satunya untuk bersederhana. Selalunya over spending kalau time raya. Memang tak akan dilupakanlah Raya PKP style ni.

Share this:

CONVERSATION

1 comments: