30 May 2020

Uwanku Hiba Kerana Raya 2020 Dengan Norma Baharu


Tak pernah-pernah lagi dalam sejarah tak ramai balik raya kampung uwan. Paling sedikit berkumpul time raya pun tiga keluarga. Raya tahun 2020 ni hanya satu keluarga sahaja yang dapat balik iaitu keluarga Maklang. Penangan Covid 19 punya pasal.


Punca betul Covid-19. Sebab Covidlah terpaksa hidup dengan norma baharu. Pergerakkan dihadkan dan kena ikut SOP yang dikeluarkan oleh KKM. SOP tersebut temasuklah tidak boleh merentasi negeri. Tu yang most of anak cucu cicit uwan tak dapat nak balik raya kampong. Kampung uwan di Negeri Sembilan. Most of anak cucu cicit tinggal di Selangor. Satu family di Terengganu iaitu keluarga Makteh.



Pada pagi Raya, hanya keluarga maklang sahaja yang ada kerana satu negeri. Nasib baiklah dibolehkan merentasi daerah. Tapi pada raya pertama sahajalah. Raya seterusnya dah tidak dibenarkan ziarah raya.

Uwan agak sedih dan hiba dengan suasana ni. Uwan sedih anak cucu cicit yang lain turut sedih. Berdoa agar cepat-cepat Vaksin Covid 19 ditemui dan dan kehidupan dahulu kembali seperti sedia-kala. Boleh klik SINI kalau nak tengok kehibaan uwanku


Keluaga maklang dan uwan

Saya sangat bernasib baik kerana dapat berkumpul bersama-sama dengan keluarga sendiri untuk beraya bersama-sama. Family memang dah ada di rumah saya sejak sebelum PKP lagi sebab tolong jaga saya masa pantang. Lepastu terperangkap kerana PKP. Dah alang-alang terperangkap stay terus sehingga raya. Sambutlah satu family godiks di Saujana. Family farid sahaja tak ada kerana berada di berlainan negeri iaitu Johor.




Walaupun kena beraya dengan norma baharu, mood raya tetap on. Sebelum raya plan nak masak apa untuk raya pertama dan kedua. Tetap beli baju raya untuk newborn iaitu Dak Zayden. Yang tak newborn macam saya, Kimchi, Zafran, pakai baju last year sahaja. Dak Zafirah tak pakai baju last year. Dia ada baju kurung pemberian nannynya yang tak pernah pakai lagi. Kebetulan pulak warna brown yang boleh match dengan baju raya tahun lepas kami.




Juadah raya yang disediakan oleh mak, didi dan saya adalah nasi impit, kuah kacang, rendang daging, pudding oreo dan tart telur.



Sembahyang raya dilakukan di rumah dan diimamkan oleh abah. Selesai solat raya, sesi bersalam-salaman dan bergambar di dalam rumah. Kalau tak di dalam rumah pun, di porch kereta. Haruslah patuh arahan kerajaan untuk stay at home.




To uwan, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. InsyaAllah negara dan juga dunia akan pulih dari Covid 19 dan dapat kembali beraya di kampun seperti sedia kala.

Bersyukur kerana tokli dan grandma masih boleh beraya bersama-sama dengan tiga cucu-cucunya.

5 comments:

  1. Hah, sedihhhhnyaaa..moga cepatlah hapus wabak COVID 19 dari Malaysia ni....
    Nenek sy memang area Johor, family ramai belah Johor...so bolehlah jumpa..merentas daerah....

    ReplyDelete
  2. Harap2 tahun ni aje kita raya PKPB
    Tahun depan dah kembali normal

    ReplyDelete
  3. Semoga semua ini cepat berakhir, saya pon hiba sgt pgi raya, dah la raya sorang2 delat rumahnsewa

    ReplyDelete
  4. Semua rakyat berasa hiba dan sedih di pagi raya, tak terkecuali saya pun.. Tapi demi kesihatan sejagat, kita kena jaga diri kita dan orang di sekeliling kita.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Radhia sekeluarga... Maaf zahir dan batin sepanjang perkenalan kita..

    ReplyDelete
  5. Samalah saya walaupun Putrajaya dengan Seremban bukanlah jauh sangat tapi sebab berbeza negeri, tak dapat balik beraya dengan parents. huu sedey.

    ReplyDelete