5 May 2020

Resepi Capati Simple dan Dijamin Lembut

Teringat-ingat makan capati yang sedap di salah satu kedai di Bandar Taiping. Capatinya lembut dan sedap dicicah pula dengan kuah sardin. Perghhh. Terangkat makan capati ni. Harga pun murah yang amat gaiss. RM 1 jea sekeping. Saya ada tulis entri pasal makan capati kedai ni. Boleh baca dengan klik SINI.



Tapi ayah mertua bagitau kedai tu dah tutup. Tak tahu masih lagi buat capati di lain tempat ke tak. Last sekali makan capati kedai nk masa di bazaar raya beberapa tahun lepas. Lepas tu dah susah nak dapar capati yang lembut gebu gebas macamtu.

Since dah tak jumpa yang rasa macamtu, better belajarlah buat sendiri. Di internet banyak resepi capati lembut. Saya ambil salah satu resepi internet dan cuba.

Resepi yang saya cuba ni, ada modified sedikit. Bila guna resepi yang modified, boleh dapat capati lembut dan sedap. Resepinya seperti di bawah.

Bahan-bahan
3 cup tepung gandum
3 tbsp marjerin
3/4 cup air mendidih
1 tsp garam

Cara-cara
1. Campur tepung, marjerin dan garam dan air separuh dari sukatan di atas. Kacau mengunakan senduk
2. Masukkan air baki tadi sedikit demi sedikit. Diselang-seli dengan menguli. Berhenti campur air apabila sudah menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh menjadi bola-bola kecil
4. Leperkan doh mengunakan pencanai. Tak ada pencanai, guna tangan pun boleh.
5. Masak di atas kuali.
6. Dah siap masak, boleh angkat dan ready untuk makan.



Leperkan hanya guna tangan pun boleh.

Sebab lembut sangat, makan begitu sahaja pun sedap. Kalau cicah dengan sardin atau kati apatah lagikan. Budak-budak pun suka makan capati ni. So, tak payah dah susah-susah nak cari kedai yang buat capati sedap. Buat sendiri pun boleh. Hehe

7 comments:

  1. Biasa beli stok yang frozen aje.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...cicah kuah kari kambing

    ReplyDelete
  3. wahh daebakkk buat capati sendirii hehehe! torbaekk :D

    ReplyDelete
  4. ni baru betul air tangan.. unik la nama blog..sukaaa

    nak jemput join birthday giveaway blog saya
    https://anisa-mylife.blogspot.com/2020/05/birthday-giveaway-anisa-anuar-official.html

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. Ni dapat cicah dgn sambal sardin ni sedap ni

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. .. dulu arwah nenek suka buat.. lepas nenek dah meninggal, lama sgt tk makan homemade capati...

    ReplyDelete