Merasai kenikmatan Churros Di Street Churros, One Utama Sebelum Meletup

Sebelum meletup tu maknanya sebelum beranakkan anak ketiga iaitu Dak Zayden. Over kan guna perkataan meletup.Haha.

Betul-betul sebelum due date keluarnya Dak Zayden, pergi makan ke tempat yang terasa nak makan. Salah satunya nak merasa churros di Street Churros.
Mak labu teringin nak makan churros

Tak pernah makan Street Churos sebelum ni. Tiba-tiba terasa nak makan time mengandungkan Zayden. 

Jenis Churos yang dipilih untuk rasa ialah Cinnamon Sugar Churros, Honey BBQ Churros, Filling Churros perisa cream cheese dan taro.

Filling Churros perisa cream cheese dan taro

Semuanya sedap dan rangup. Tak rasa muak langsung dan tak manis sangat. Dak Zafirah suka betul Stick Churros. Bentuknya nipis dan panjang. Dak Zafirah ingat French fries.

Sekarang dah PKPB, tak tahu Street Churros ada buat delivery ke tak. Kot lah teringin, bolehlah order. Mesti adakan. Tak apalah. Betul-betul teringin nanti, baru search ada delivery ke tak di google.

Share this:

CONVERSATION

5 comments:

  1. sedapnya churos, lama tak makan

    ReplyDelete
  2. comel je title hehe sebelum meletop..
    penah pegi churros street tp tengok line panjang.. cancel..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnyaaaa! Lama dah tak makannn

    ReplyDelete