31 May 2020

Pantri Komuniti AyamWithU Bagi Golongan Yang Memerlukan di Kawasan Lembah Klang

Negara kita kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru.

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.


Sebagai contoh, di Kuala Lumpur, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, sebuah rumah transit untuk gelandangan di Jalan Hang Lekiu meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini™.

“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata Pegawai Operasi Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Encik Amir Rudin Bin Abdul Rahman.



Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala penghuni yang tinggal di rumah transit ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.

“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Penghuni yang tinggal di sini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Encik Amir.

Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.



“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.



Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.

“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.

Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.



“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini.

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di Anjung Singgah, Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur dan di Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Heights 68000 Ampang Selangor.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my. 


Mengenai Ayam Brand


Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study. 

30 May 2020

Uwanku Hiba Kerana Raya 2020 Dengan Norma Baharu


Tak pernah-pernah lagi dalam sejarah tak ramai balik raya kampung uwan. Paling sedikit berkumpul time raya pun tiga keluarga. Raya tahun 2020 ni hanya satu keluarga sahaja yang dapat balik iaitu keluarga Maklang. Penangan Covid 19 punya pasal.


Punca betul Covid-19. Sebab Covidlah terpaksa hidup dengan norma baharu. Pergerakkan dihadkan dan kena ikut SOP yang dikeluarkan oleh KKM. SOP tersebut temasuklah tidak boleh merentasi negeri. Tu yang most of anak cucu cicit uwan tak dapat nak balik raya kampong. Kampung uwan di Negeri Sembilan. Most of anak cucu cicit tinggal di Selangor. Satu family di Terengganu iaitu keluarga Makteh.



Pada pagi Raya, hanya keluarga maklang sahaja yang ada kerana satu negeri. Nasib baiklah dibolehkan merentasi daerah. Tapi pada raya pertama sahajalah. Raya seterusnya dah tidak dibenarkan ziarah raya.

Uwan agak sedih dan hiba dengan suasana ni. Uwan sedih anak cucu cicit yang lain turut sedih. Berdoa agar cepat-cepat Vaksin Covid 19 ditemui dan dan kehidupan dahulu kembali seperti sedia-kala. Boleh klik SINI kalau nak tengok kehibaan uwanku


Keluaga maklang dan uwan

Saya sangat bernasib baik kerana dapat berkumpul bersama-sama dengan keluarga sendiri untuk beraya bersama-sama. Family memang dah ada di rumah saya sejak sebelum PKP lagi sebab tolong jaga saya masa pantang. Lepastu terperangkap kerana PKP. Dah alang-alang terperangkap stay terus sehingga raya. Sambutlah satu family godiks di Saujana. Family farid sahaja tak ada kerana berada di berlainan negeri iaitu Johor.




Walaupun kena beraya dengan norma baharu, mood raya tetap on. Sebelum raya plan nak masak apa untuk raya pertama dan kedua. Tetap beli baju raya untuk newborn iaitu Dak Zayden. Yang tak newborn macam saya, Kimchi, Zafran, pakai baju last year sahaja. Dak Zafirah tak pakai baju last year. Dia ada baju kurung pemberian nannynya yang tak pernah pakai lagi. Kebetulan pulak warna brown yang boleh match dengan baju raya tahun lepas kami.




Juadah raya yang disediakan oleh mak, didi dan saya adalah nasi impit, kuah kacang, rendang daging, pudding oreo dan tart telur.



Sembahyang raya dilakukan di rumah dan diimamkan oleh abah. Selesai solat raya, sesi bersalam-salaman dan bergambar di dalam rumah. Kalau tak di dalam rumah pun, di porch kereta. Haruslah patuh arahan kerajaan untuk stay at home.




To uwan, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. InsyaAllah negara dan juga dunia akan pulih dari Covid 19 dan dapat kembali beraya di kampun seperti sedia kala.

Bersyukur kerana tokli dan grandma masih boleh beraya bersama-sama dengan tiga cucu-cucunya.

28 May 2020

Segmen Hari Raya by Ummi

Click above banner to join GA
GA ends on 9/6/2020

21 May 2020

Sambutan Hari Jadi Pada Bulan Ramadhan & Musim PKPB Untuk May & June Babies

Birthday Dak Zafirah yang kedua sekali lagi jatuh pada bulan Ramadhan. Tahun lepas pun sama. Yealah, Zafirah pun lahir dua hari sebelum bulan Ramadhan. Semestinya hari jadinya akan disambut pada bulan Ramadhan untuk beberapa tahun yang pertama.



Since jatuh pada bulan Ramadhan, sambutan hari jadi Zafirah disambut sekali dengan iftar. Bulan Mei juga ada harijadi mak dan abah. So, combine lah sekali dan jadilah sambutan harijadi untuk May babies.



Pada bulan June ada harijadi Dak Zafran. Combinelah jugak dengan birthday Dak Zafran. Maka, jadilah sambutan harijadi untuk May dan June Babies.



Time musim Covid 19, terpaksalah guna peluang yang ada sebaik boleh. Macam sekarang ni. Since family ada berkumpul di rumah, buatlah sambutan sekaligus. Sebabnya family dah balik nanti, tak tahu bila nak berkumpul lagi. Pergerakkan kan kena dihadkan untuk menyahut seruan Perdana Menteri untut #stayathome.



Tapi tak adalah combine semua orang punya birthday sampai yang bulan yang lambat lagi pun nak combine jugak. Just combine yang dua bulan yang berturut-turut macam May dan June ni.



So, untuk sambutan hari jadi untuk May and June Babies, beli cake di Secret Recipe. Repeat lagi beli cake yang sama  masa beli untuk sambutan ulang tahun perkahwinan mak abah iaitu Hokaido Triple Chocolate Cheese Cake. Menu makan cum iftar pulak adalah roti john, bolognaise angles hair, kuih kacang, ayam percik dan dominos pizza. Selain dominos dan cake, semua makan yang sebut tadi semuanya masak sendiri. Musim pkpb ni banyak masak sendiri jea.


Birthday deco pun adalah buat sedikit-sedikit. Beli di DIY jea. Sesi sambutan hari jadi dilakukan 30 minit sebelum buka puasa. Ngam-ngam siap potong cake, bergambar, etc terus masuk waktu buka puasa.


Farid and family jea tak ada time sambutan harijadi ni. Last year Farida ada join. Tapi tak join pun, still join through secara maya iaitu video call. Dia nak jugak merasai kemeriahan dan keseronokkan Godiks celebrate birthday walaupun just secara maya pun.


Apapun to May dan June Babies, Happy birthday to all of you. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

19 May 2020

Resepi Almond Bread Pudding dengan Sos Kastard Simple Dan Dijamin Sedap


Haritu ada buat pudding roti caramel yang mudah sebab  hampir semua bahan yang terlibat just campur sekali dan blend. Bahan yang tak dicampur sekali dalam blender pun just yang buat caramel iaitu gula sahaja. Resepinya boleh baca dengan klik SINI



Ni pudding roti dengan sos kastard pun mudah jugak nak buat. Sama jugak prosesnya iaitu blend campur hamper semua bahan. Yang tak dicampur sekali hanyalah roti dan bahan nak buat sos kastard.
Saya memang suka recipe yang almost semua bahan yang terlibat boleh campur dan hanya boleh guna blend. Taka da step renyah-renyah seperti nak guna mixer dan etc. Nak tahu cara mudah buat almond bread pudding dan sos kastard, boleh tengok di bawah.

1. 8-10 keping roti
2. 2 cup susu segar
3. 4 tbsp gula
4. 2 biji telur
5. 1 tsp esen vanilla
6. 2 tbsp marjerin
7. 1 tin susu cair2
8. 2 tbsp gula
9. 2 tbsp tepung kastard

Cara-cara

1. Carik semua roti kepada 4 keping dan susun dalam bekas pudding/Loyang
2. Masukkan bahan 2-6 dalam blender dan blend sehingga sebati.
3. Tuang adunan dari blender ke atas roti
4. Kalau ada kismis dan almond, boleh ditabur di atas roti..
5. Masukkan ke dalam oven bersuhu 180°C selama 20 minit. Keluarkan dari oven apabila roti sudah keperangan dan tidak lembap.
6. Semasa menunggu pudding roti masak, sediakan sos kastard. Masukkan bahan 7-9 ke dalam periuk. Letak di atas dapur gas.
7. Kacau dahulu sehingga tepung larut.
8. Hidupkan api. Kacau sehingga pekat.
9. Bila pekat, tutup api.

 Puding roti dan sos kastard

Buat masa untuk buka puasa, cepat jea habis pudding roti sebab sangat sedap. Lagi-lagi dimakan sengan sos kastard. Dengan ada kismis dan almond lagi. Perghh. Macam makan pudding roti di dessert buffet hotel 5 star sangat. 

Kenalah dengan tajuk entri ni iaitu mudah dan dijamin sedap. Kalau lepas ni ada roti tak termakan dan hamper expired, confirm akan repeat buat pudding roti ni lagi.