Geng Legend Staycation At Acappella Suite Hotel, Shah Alam

Percutian dalam kawasan iaitu menginap di hotel percutian berdekatan dengan tempat kediaman adalah pilihan Geng Legend untuk aktiviti gathering seterusnya. Kata omputih untuk percutian dalam kawasan ni adalah staycation.



Ikutkan plan asal ingat  nak bercuti di tempat jauh-jauh atau paling koman pun luar Selangor. Siap Geng Legend dah collect duit sejak tahun lepas lagi. Ada bendahari lagi tau yang tolong collect duit. Negeri yang disebut-sebut untuk buat family day Geng Legend adalah Penang.

 Ruang tidur

Tapi last year start dari September tak silap hinggalah ke akhir tahun, banyak tempat penginapan dah fully booked. Kalau ada date yang available, ada Geng Legend yang tak dapat join. Duit collection terpaksalah di carry forward ke tahun 2020. Bila dah tahun 2020, saya pun dah sarat.

 Ruang tamu

Siap ada meja makan

So, semuanya sepakat untuk bercuti dalam negeri sahajalah. Asalkan berkumpul. Tempat yang dipilih untuk buat family day adalah Acapella Suite Hotel Shah Alam. Memang hotel ni dekatlah dari rumah masing-masing.

 toilet

Kenapa pilih hotel ni. First rate nya sangat affordable at the same time dapat bilik yang sangat luas. Second ada kolam renang yang sangat besar. Ini yang penting. Budak-budak dengan mak pak budak-budak boleh terjun sekali. Third kata mereka dekat dengan Hospital Shah Alam. In case saya nak terberanak time kat hotel, boleh terus pi hospital. Ok ini gurau jea. Haha.





Yup, memang luas pun biliknya. Ada dua space iaitu ruang tamu dan bilik tidur. Siap ada dapur yang lengkap dengan basin, peti ais yang besar, kettle dan microwave. Balkoni pula menghadap swimming pool.




Paling suka swimming pool. Exterior design sangat cantik. Pool pun sangat besar. Walaupun ramai yang mandi kolam, tapi tak crowded. Siap ada air terjun lagi.




Untuk breakfast pula, pilihan makanannya not so bad. Tak berapa banyak. Rasanya pun ok. Rate nya affordable.

 tengah menikmati breakfast

 buat roti bakar


Inilah percutian terakhir bersama-sama Geng Legend sebelum saya bersalinkan anak ketiga dan juga sebelum Perintah Kawalan Pergerakan. Time saya menulis entri ni, PKP dah masuk fasa kedua. Fasa pertama tak berjaya mengekang penularan wabak Covid-19.




Hopefully Acapella dan apa-apa yang terlibat dengan sektor perlancongan masih mampu bertahan sehingga wabak covid-19 berakhir. Ada hotel di Ipoh tak mampu bertahan dah. Dengar terpaksa ditutup. Sedih pulak dengar. InsyaAllah tidak akan mengambil masa lama untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Stay at home la yea semua.

Share this:

,

CONVERSATION

4 comments:

  1. Dekat tapi yang penting dapat berkumpul.. kolam tu penting.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Nice information, valuable and excellent design, as share good stuff with good ideas and concepts, lots of great information and inspiration, both of which I need, thanks to offer such a helpful information here. hotel Nuremberg

    ReplyDelete
  3. Seems good and informative. Keep working on it and provide us a great blog like this.
    Thank You.
    If any one need restaurant for dating
    then contact us

    ReplyDelete