Resepi Puding Roti Karamel Simple Dengan Hanya Sekali Blend Semua Bahannya

Haa..tak tipu hat ni. Betul boleh buat puding roti karamel dengan hanya hanya sekali blend sahaja semua bahannya. Dan cantik sangat hasilnya. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan simple yang wajib ada di dapur. Tanpa membuang masa, meh saya share resepinya.




Bahan-Bahan

4-5 keping roti; Yang gambar ni, saya guna potato bread sebab nak habiskan sebelum nak expired.
4 biji telur
1 tsp asen vanilla
1 cup susu cair
1/2 - 3/4 cup susu pekat (ikut citarasa manis korang)
6 tbsp gula



Cara-cara
1. Pukul telur. Kalau nak dapat texture yang cantik, tapis telur ni. Kalau saya yang sentiasa nak cut masa, tak tapis. hehe. Kalau nak cut lagi masa, tak payah buat step ni. Terus ke step 2.
2. Semua bahan termasuklah telur( kecuali gula) masuk dalam blender. Blend sehingga sebati.
3. Panaskan gula di atas kuali. Apabila dah cair dan hangus, tuang dalam loyang/bekas puding.
4. Tuang adunan dalam blender ke dalam loyang yang berisi gula keperangan tadi.
5. Kukus sehingga 20 minit atau hingga tidak cair.
6. Dah siap kukus, terbalikkan ke atas pinggan.



Betul kan saya cakap. Senang giler nak buat puding roti. Confirm jadi buat puding roti karamel ni. Puding roti karamel sangat sesuai nak buat sebagai pencuci mulut untuk berbuka puasa sebab tidak renyah dan menjimatkan masa dan tenaga. Apalagi, cubalah buat puding roti karamel mengunakan resipe saya share ni.

Share this:

CONVERSATION

11 comments:

  1. Selamat berpuasa Dhia!
    Insha Allah nak try nanti. Thanks for the recipe.

    ReplyDelete
  2. Hurm sedapnya.. Baru je buat 3 hari lepas.. dah rasa nak buat lagi.. hehe

    ReplyDelete
  3. memang senang kan. saya pun kalau buat blend jak semua bahan. mudah.

    ReplyDelete
  4. Thank You for your information.kindly visit us https://go-wellspring.com/

    ReplyDelete
  5. sedap ni. nanti nak try juga

    ReplyDelete
  6. saya suka puding roti karamel ni, but sadly, my family doesn't..tak best pulak makan sessorang kan..

    ReplyDelete
  7. mau bg resipi ni pd adik, dia rajin masak. sy rajin mkn. haha

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Nmpak menarik kejadiannya. Cuma puding caramel ni bukan favourite SS.

    ReplyDelete
  9. Fuhyooooo, sedapnyaaaa! Lama tak makan, nanti bolehlah buat..egtkan leceh sangat... Nice lah! Nak try! Bookmark duluuu~

    ReplyDelete
  10. cantik kejadian puding ni...

    ReplyDelete
  11. whoaaa simple bebeno niii! dah lah mudah, cepat, senang... sedap pula tu! weee~ :D

    ReplyDelete