Night Hang Out With Lovely Godiks At The Coffee And Tea Leaf, Petaling Jaya
Hai Jadi Kimchi yang ke-33 adalah masa Kimchi ada training seminggu di Melaka. Jadi bila Kimchi balik dari training pada hari Jumaat, ingat nak sambut hari jadi bersama-sama dengan Godiks Family. Plan nak dinner di luar.
Tapi Kimchi pulak tak dapat gerak balik hari Jumaat. Hampir semua Godiks tak ada dah di PJ sebab Sabtu esoknya gerak ke Kelantan. Ada kenduri. So, cancel plan untuk keluar makan malam hari Jumaat tu. Tukar plan just hang out di coffee house sahaja.
Dak Zafran macam biasa bila nampak cake dengan presentation pun sangat cantik, dia makan sendiri jea cake ni. Tak payah bersuap pun. Yang mengejutkan Dak Zafirah pun suka jugak. Mus cakap anak-anak kaklong sangat high taste. Kahh.
Duklah lepak dalam sejam. Lepas tu gerak balik. Tak dapat nak lepak lama-lama. Coffee house inipun bukannya buka sampai midnight. Satu lagi Dak Zafirah dah panas punggung. Duk buat bising. Sampai larilah customers yang duk sebelah kitaorang.
Inilah night hang out bersama-sama Godiks yang terakhir sebelum pelaksanaan PKP. Time tu dah ada dah wabak Covid-19 tapi Malaysia masih under control lagi. Sekarang kena duduk di rumah sahaja. Still boleh lagi night hang out dengan Godik Family. Tapi di rumah sahajalah dan tak semua Godik Family ada. Terpisah-pisah kaminya. Huhu.
Aktiviti yang best.. Walaupun sekadar berkudap-kudapan macam nie..
ReplyDeleteI wish I can go to coffee bean now ;(
ReplyDelete