14 April 2020

Merasai Makanan Warisan Kuala Pilah Di Zaini Salai House, Tanjung Ipoh Negeri Sembilan

Selama balik kampung uwan di Negeri Sembilan dari saya kecil hinggalah besar, tak pernah singgah makan di kedai. Padahal banyak kedai makan di tepi jalan kampung yang menyediakan masakan negeri sembilan.

Maybe perjalanan dari PJ ke kampung uwan ambil masa paling lama 3 jam jea. Uwan pulak suka memasak. Macam no point singgah makan di kedai kalau uwan dah memasak untuk kami.



Tapi at last ada jugak singgah makan di kedai area Ulu Bendal masa saya umur 32 tahun which is tahun lepas(2019). Yup ambil masa setahun nak up entri ni. Bak kata omputih better late than never.

Nama kedai makan yang menyajikan masakan negeri sembilan adalah Zaini Salai House.

Setiap kali  balik kampung uwan, akan menyusuri jalan kampung dari Seremban hingga Kuala Pilah. Di kiri kanan jalan kampung ni banyak deretan gerai menjual salai seperti itik, daging lembu, ikan keli dan ayam kampung.Even kedai makan yang menyajikan masakan salai pun ada.



Tapi dari kecil saya balik kampung hinggalah dah anak sorang, tak pernah singgah makan di tempat ini. Yeala dari PJ ke kampung uwan takat ambil masa paling lama 3 jam jea. Uwan pulak memang memasak. Lagi- lagi kalau kami balik. Uwan confirm akan memasak untuk kami sekeluarga makan punya. Memang tak ada reasonlah nak singgah makan di kedai.



Tiba-tiba awal tahun lepas which is tahun 2019, mak ajak makan di salah satu kedai Salai yang ada di situ. Masa tu saya mak  anak dua dah. Kedai yang singgah dengan Godiks family ialah Zaini Salai House. (ya ya dah setahun cerita ni. Tak apa pegang kata-kata better late than never)

Lokasi Zaini Salai House betul-betul selepas Ulu Bendul. Kedai makan ni agak besar dan siap ada tempat parking yang agak luas. Tak akan ada masalah nak park kereta. Tak perlu nak park kereta tepi jalan kampung yang agak kecil.



Di kedai ni menghidangkan pelbagai menu  dari produk salai. Di sini semua masakan lemak menggunakan produk yang disalai seperti gulai ayam kampung, gulai daging, ikan keli dan rendang itik.

Lauk yang dipilih oleh saya adalah ikan baung masak lemak cili api. Abah pulak ayam kampung dan cendawan masak lemak cili api. Didi daging salai dan telur ikan masak lemak cili api. Mus pilih ayam kampung masak lemak cili api. Rasanya sangat marvelous. Order ABC sebagai pencuci mulut.

 Daging salai dan telur ikan

 Ikan baung

 ayam kampung dan cendawan

 Ayam kampung

ABC dan cendol

Hopefully kedai makan ni bertahan lama kerana kedai sebeginilah yang boleh mengekalkan makanan tradisi masyarakat Melayu Negeri Sembilan supaya tidak hilang ditelan zaman. Musim PKP tahun 2020 ni, kemungkinan pengusahanya terpaksa struggle sedikit sebab pelanggan tidak dibenarkan makan di situ. Hanya boleh take away dan delivery sahaja.



Tapi Insyaallah apabila Covid19 berakhir, pelanggan akan datang makan di situ balik dan perniagaan masakan tradisi ini pulih seperti sedia kala

1 comment: