Menginap Di 2 bedroom apartment Arabian Bay Resort Untuk Bercuti Di Bukit Gambang Resort City
Masa anak nombor dua maklang Kimchi nikah di Kuantan,hampir semua family mertua join. Family mertua sepakat nak bercuti sama-sama selepas selesai majlis akad nikah. Kuantan ada tempat percutian keluarga yang menarik iaitu di Bukit Gambang Resort. Hanya ambil masa sejam sahaja nak ke bukit gambang dari tempat majlis. Time Majlis akad nikahnya diadakan pun pada cuti sekolah akhir tahun. Memang at right time at the right place sangat.
Lepas selesai majlis, terus ke Bukit Gambang. Dah book 2 bedroom apartment di Arabian Bay Resort. Tidur di situ satu malam untuk supaya dapat luangkan masa yang cukup untuk pergi ke tempat menarik yang ada di Bukit Gambang. Antaranya waterpark dan safari park.
Apartment 2 bilik yang book ni agak luas jugak. Ada dapur dan dua bilik air. Bolehlah muat untuk semua family Kimchi. Balkoni pun ada jugak.
Ruang tamu
Salah satu bilik tidur
Dapur
Bilik air bersih. Sangat penting wooo bilik air bersih ni.
Ada tv dalam salah satu bilik tidur.
Yang paling best swimming pool di resort ni. Agak luas dan sangat best suasana dan persekitaran di swimming pool ni. Siap ada pasir pantai lagi di tepi kolam. Dak Zafran memang seronok betullah mandi kolam.
Pasir pantai pun ada
Untuk yang tak mandi kolam, boleh lepak lepas di gazebo yang ada di sekeliling swimming pool.
Resort ni pun turut menyediakan shuttle bus untuk pengunjung yang nak pergi ke waterpark dan safaripark. Tak perlu bawak kenderaan sendiri.
Gazebo untuk beristirehat
Shuttle bus belakang tue
Breakfast buffet pula agak banyak pilihan makanan. Rasa semua makanan sedap. Rasa yang pelik-pelik tu tak ada.
Melantak sebelum mandi manda di waterpark
pilihan pastries yang ada
Lembut dan sedap pamcake nya. Suka sangat kalau breakfast buffet ada pancake.
Not bad resort ni. Cerita pasal waterpark di entri satu lagi. So overall, arabian bay resort agak best. Suka dengan swimming pool. Kalau nak bercuti di Gambang Resort, better bermalam di resort yang ada Gambang Resort. Salah satunya Arabian Bay ni. Ada satu lagi Carrabean bay. Tak perlu cari hotel/homestay lain.
nmpk memang lumayan .. :p
ReplyDeletebest kan tempat dye. the last time ray dtg sini masa diploma dulu. lama sgt dah haha
ReplyDeleteWaa bestnya.. rindu nak pinmakan angin huhhh
ReplyDeleteBestnyer kalau bercuti kat situ..
ReplyDeleteSegmen ejulz dah mula. Dah boleh semak. Bgtau ejulz kalau link ada salah. Sponsor pun dialukan join.
https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1
baru lagi ke tempat ni... duduk banyak tahun jugak di kemaman..dok ulang-alik kuantan-kl... tahun 2008, tak tahu ada tempat ni... nice place btw!!!
ReplyDeleteBestnyaaa! Tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga
ReplyDeleteI really enjoyed your blog posts thank you.
ReplyDelete