Bila tahu maksu dapat buat donut dengan jayanya, apalagi mintak dia sharelah resipe tu. Resipe nya adalah seperti di bawah
2 Cawan Tepung gandum
2 sudu besar marjerin
Bahan B
2 sudu besar yis
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh garam
3/4 cawan air
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan B tapi hanya mengunakan 1/2 cawan air sahaja. Baki air akan digunakan nanti.
2. Gaulkan hingga sebati. Rehatkan agar campuran yis menjadi kembang dan berbuih.
3. Gaulkan bahan A mengunakan tangan sehingga sebati.
4. Campurkan bahan A dan bahan B dan gaulkan mengunakan tangan.
5. Masukkan air yang baki dari no 1 sedikit demi sedikit. Semasa masukkan air tu selang-seli dengan gaul. Berhenti tambah air apabila doh tidak melekat pada tangan.
Ada resipe campur terus 3/4 cawan air dengan bahan-bahan lain. Tapi agak risky cara ni sebab ada kemungkinan doh menjadi lembik dan watery. Sebab depends pada jenis marjerin. Ada marjerin dah cepat lembutkan doh tanpa perlu guna air banyak. Ada yang tidak.
6. Biarkan doh hingga naik.
6. Hasilkan bebola doh kecil.
7. Bulatkan doh dan hasilkan lubang di tengah menggunakan jari sahaja.
8. Susun di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Biarkan lagi donut naik.
9. Selepas dah naik, donut sedia untuk digoreng.
Sebelum goreng
Dua kali jugaklah buat donut guna resipe. Dua-dua kali dapat donut gebu gebas lembut mengenyangkan. Ni bulan puasa dah nak tiba, resipe ni boleh masuk dalam list untuk dessert berbuka puasa. Resipe senang dan pantas nak prepare kan. Lagi-lagi, bazaar Ramadhan dah tak ada kan tahun ni. Sememangnya kena masak sendirilah dari dessert hinggalah main dish untuk berbuka. Huhu.
Yeayy.. Esk kita pun buat donut😋
ReplyDeleteAdudu sedapnya Ni
ReplyDeleteterliur saya tengok puasa2 ni
ReplyDelete