16 April 2020

Pengalaman Kena Tahan Wad Selama Lima Hari Kerana Baby Aqil Zayden Menghidap G6PD deficiency

Sepanjang pengalaman saya kena admit hospital, paling lama kena tidur di wad, hanya 1 malam sahaja. Kena D&c, operation buang fibroidad, bersalin zafran n zafirah semuanya  cuma memerlukan 1 malam sahaja saya bermalam di hospital.

Tapi bersalinkan Aqil Zayden memerlukan saya bermalam di hospital selama 6 malam. Lama betul kan. Dengar macam kena something serius jea samaada pada saya ataupun baby Zayden.
Selepas bersalin,memanglah standard akan duduk wad selama at least 1 malam. Kalau ada yang tak normal, barulah kena extend lagi. Macam baby tak kencing/berak, kuning tinggi etc. Boleh discharge bila semuanya mencapai standard hospital.




Dak Zafran n Zafirah Alhamdulilah cepat menunjukkan perkembangan positif selepas dilahirkan. Lepas 1 malam terus boleh discharge.

Dak Zayden pada mulanya menunjukkan perkembangan positif. Cepat kencing dan berak selepas dilahirkan. Paed pun check ok. Betul betul  pada petang hari kedua yang dijangka sepatutnya discharge, tiba tiba nurse inform result darah Zayden tak cantik. Hati saya dah berdebar-debar dah. Tertanya tanya dalam hati apa yang tak cantik. Darah kena jangkitan ke. Boleh jadi jugak sebab result air kencing saya tak berapa cantik semasa check up hujung hujung pregnancy.



Then teringat adik lelaki saya ada G6PD deficiency. Maybe sebab ini kot. Sebab penyakit ni keturunan. Belah mak, most of adik beradik mak, ada anak yang G6PD deficiency. Tanya nurse apa yang tak cantik. Nurse suruh dengar dari doktor. Tunggu punya tunggu, doktor tak kunjung tiba.

Suruh Kimchi tanya nurse di kaunter. Haa betul tekaan kedua saya iaitu sebab G6PD deficiency. Kena tahan sebab G6PD deficiency ni tend kena kuning tinggi dan cepat. So kena tahan wad at least 5 hari supaya dapat monitor kuning closely. Bermulah episod kehidupan saya dan baby di dalam wad.



Bila dengar g6pd deficiency, rasa agak lega sedikit. Bukan menghidap penyakit serius. Tapi bukanlah suka baby ada g6pd deficiency. Cuma g6pd deficiency ni bukan benda baru bagi saya. Adik lelaki ada. Dah ada pengalaman ahli keluarga sendiri yang menghidap. So, tahu apa yang nak kena prepare baik mentally mahupun physically. Ikut sahaja panduan penjagaan yang dinasihati oleh hospital. InsyaAllah tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Adik lelaki elok jea membesar. Dah kahwin dan ada anak sorang dah budak tu.










Saya entitled untuk dapat wad kelas pertama. Tapi kata staff hospital wad kelas pertama di hospital shah alam tak dibuka. Maybe wad ini untuk orang tertentu sahaja. Dapat wad kelas kedua. Still dapat 4 bedded room yang ada aircon. Kalau kelas ketiga , dapat katil di open space area yang tiada aircon. Ada kipas ceiling.



Sepanjang 5 hari duduk wad, doktor cek kuning zayden secara visual sahaja. Saya tanya nurse tak cek melalui ujian darah ke. Nurse jawab kuning zayden tak serius kalau tengok dari warna kulit, tak memerlukan ujian darah.

Rasa macam tak perlu jea nak admit hospital selama 5 hari. Kalau setakat cek visual, nurse datang melawat rumah boleh datang cek. Kalau nampak serius, boleh cek di KK berdekatan. Tapi tak apalah. Adalah tu sebab munasababnya yang telah dibuktikan secara saintifik dan klinikal yang nak kena tahan 5 hari untuk baby g6pd deficiency.



Saya pun dapat bilik yang lengkap dengan kemudahan. Kemudahan yang ada adalah toilet dan shower luas dan bersih, kabinet dan almari untuk simpan barang dan pakaian, katil yang boleh adjustable, air panas yang setiap hari refill, tempat letak kaki (sangat penting woo untuk rehatkan kaki, naik katil yang tinggi etc), bassinet dan warmer dan  untuk baby. Makan pun empat kali sehari iaitu sarapan, makan tengahhari, minum petang dan makan malam.



Setiap pagi ada staff kemaskan katil dan bilik. Katil saya pulak di tepi tingkap. Dapat menghadap permandangan seksyen 7 shah alam. Rasa macam di confinement centre sangat. Just tak pakej urut jea. Hehe. Memang Tak ada rasa bosan duk lama lama dalam wad.


Menghadap permandangan seksyen 7 Shah Alam

Lagipun saya pun baru lepas bersalin dan baby pun baru dilahirkan. Tendency untuk mengalami apa apa komplikasi pun tinggi. In case kalau ada mengalami apa-apa, saya berada di bawah pengawasan hospital dah. Nurse datang cek keadaan kesihatan saya cek 4 jam sekali seperti bp, suhu badan dan tahap sakit badan dan luka. Selamat dah kat situ sebab sangat well care oleh hospital.

Pada hari kelima, nurse still kata kuning zayden still under control. Macam dah boleh discharge dan tak perlu extend. Lepas tu ada nurse seorang lagi nak cek warn kulit di bilik lain. Bawak zayden keluar dari bilik. Bila dah balik semula, tiba tiba nurse bgitau kuning zayden macam ketara sangat. Kena confirm bacaan kuning through ujian darah pulak. Sepanjang empat hari saya tanya, kata ok jea.. Time hari kelima tak ok pulak. Nurse tak berani dah nak kata kuning ok just dari visual jea. Untuk discharge kena confirm dengan result ujian darah juga.

 duduk di bawah lampu khas biru (fototerapi)

Ujian darah boleh buat pada tengahhari. So nak tunggu tengahhri, dak Zayden kena diletakkan di bawah lampu dahulu. Pakaian kena ditanggalkan dan mata kena ditutup. Mengamuk Dak Zayden bila dipakai penutup mata. Stuggle jugaklah nak tenangkan Dak Zayden supaya tak mengamuk.

Duduk bawah lampu dalam beberapa jam, dah tengahhri. Ujian darah dibuat untuk cek bacaan kuning. Alhamdulillah bacaan 119. Boleh discharge. Kalau lebih 150 kena tahan lagi.

 dah boleh discharge

Itulah cerita pengalaman saya kena tahan wad selama lima hari. Actually ada jugak hikmah kena tahan wad lama lama ni. Saya dapat tumpukan perhatian sepenuhnya pada baby especially penyusuaan. Saya pulak dapat memulihkan pengecutan rahim, luka episotomi dan etc dengan baik dan cepat.

Kalau saya cepat discharge maybe agak struggle sedikit sebab tiada pengawasan dari nurse dan doktor. Di rumah pulak ada dua orang anak yang tengah membesar. Memang ada mak dan Kimchi yang boleh  uruskan. Tapi mesti akan ada jugak buat something especially melibatkan Zafran dan Zafirah sebab naluri mak mak tetap ada. So itulah hikmahnya. Apapun bersyukur sangat Aqil Zayden diberikan kesihatan yang sangat baik oleh Allah SWT.

2 comments:

  1. hai jemput dengar lagu saya

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    ReplyDelete
  2. setiap ujian tu pastinya ada hikmahnya...
    semoga baby menjadi anak yg soleh didunia dan akhirat..amin...

    ReplyDelete