30 April 2020

Resepi Puding Roti Karamel Simple Dengan Hanya Sekali Blend Semua Bahannya

Haa..tak tipu hat ni. Betul boleh buat puding roti karamel dengan hanya hanya sekali blend sahaja semua bahannya. Dan cantik sangat hasilnya. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan simple yang wajib ada di dapur. Tanpa membuang masa, meh saya share resepinya.




Bahan-Bahan

4-5 keping roti; Yang gambar ni, saya guna potato bread sebab nak habiskan sebelum nak expired.
4 biji telur
1 tsp asen vanilla
1 cup susu cair
1/2 - 3/4 cup susu pekat (ikut citarasa manis korang)
6 tbsp gula



Cara-cara
1. Pukul telur. Kalau nak dapat texture yang cantik, tapis telur ni. Kalau saya yang sentiasa nak cut masa, tak tapis. hehe. Kalau nak cut lagi masa, tak payah buat step ni. Terus ke step 2.
2. Semua bahan termasuklah telur( kecuali gula) masuk dalam blender. Blend sehingga sebati.
3. Panaskan gula di atas kuali. Apabila dah cair dan hangus, tuang dalam loyang/bekas puding.
4. Tuang adunan dalam blender ke dalam loyang yang berisi gula keperangan tadi.
5. Kukus sehingga 20 minit atau hingga tidak cair.
6. Dah siap kukus, terbalikkan ke atas pinggan.



Betul kan saya cakap. Senang giler nak buat puding roti. Confirm jadi buat puding roti karamel ni. Puding roti karamel sangat sesuai nak buat sebagai pencuci mulut untuk berbuka puasa sebab tidak renyah dan menjimatkan masa dan tenaga. Apalagi, cubalah buat puding roti karamel mengunakan resipe saya share ni.

24 April 2020

Menginap Di 2 bedroom apartment Arabian Bay Resort Untuk Bercuti Di Bukit Gambang Resort City

Masa anak nombor dua maklang Kimchi nikah di Kuantan,hampir semua family mertua join. Family mertua sepakat nak bercuti sama-sama selepas selesai majlis akad nikah. Kuantan ada tempat percutian keluarga yang menarik iaitu di Bukit Gambang Resort. Hanya ambil masa sejam sahaja nak ke bukit gambang dari tempat majlis. Time Majlis akad nikahnya diadakan pun pada cuti sekolah akhir tahun. Memang at right time at the right place sangat.



Lepas selesai majlis, terus ke Bukit Gambang. Dah book 2 bedroom apartment di Arabian Bay Resort. Tidur di situ satu malam untuk supaya dapat luangkan masa yang cukup untuk pergi ke tempat menarik yang ada di Bukit Gambang. Antaranya waterpark dan safari park.

Apartment 2 bilik yang book ni agak luas jugak. Ada dapur dan dua bilik air. Bolehlah muat untuk semua family Kimchi. Balkoni pun ada jugak.

Ruang tamu

 Salah satu bilik tidur

 Dapur

 Bilik air bersih. Sangat penting wooo bilik air bersih ni.

 Ada tv dalam salah satu bilik tidur.

Yang paling best swimming pool di resort ni. Agak luas dan sangat best suasana dan persekitaran di swimming pool ni. Siap ada pasir pantai lagi di tepi kolam. Dak Zafran memang seronok betullah mandi kolam.



 Pasir pantai pun ada

Untuk yang tak mandi kolam, boleh lepak lepas di gazebo yang ada di sekeliling swimming pool.
Resort ni pun turut menyediakan shuttle bus untuk pengunjung yang nak pergi ke waterpark dan safaripark. Tak perlu bawak kenderaan sendiri.


 Gazebo untuk beristirehat

Shuttle bus belakang tue

Breakfast buffet pula agak banyak pilihan makanan. Rasa semua makanan sedap. Rasa yang pelik-pelik tu tak ada.

 
 Melantak sebelum mandi manda di waterpark


pilihan pastries yang ada

 Lembut dan sedap pamcake nya. Suka sangat kalau breakfast buffet ada pancake.

Not bad resort ni. Cerita pasal waterpark di entri satu lagi. So overall, arabian bay resort agak best. Suka dengan swimming pool. Kalau nak bercuti di Gambang Resort, better bermalam di resort yang ada Gambang Resort. Salah satunya Arabian Bay ni. Ada satu lagi Carrabean bay. Tak perlu cari hotel/homestay lain.

Menang Tudung bawal chiffon shimmering Dari Giveaway Merdeka 2019

I Won by Ruth Wielockx 
Alhamdulillah..Saya memenangi sehelai tudung bawal chiffon shimmering daripada Giveaway Merdeka 2019. Giveaway ini dianjurkan oleh blogger Akma.






 No penyertaan saya adalah 33

No 33 terpilih sebagai pemenang



sehelai tudung bawal chiffon shimmering

To blogger Akma, terima kasih kerana pilih saya sebagai salah seorang pemenang. Semoga blogger Akma sentiasa dimurahkan rezeki terutamanya dari aktiviti blogging.

21 April 2020

Cara buat Apam Kampung Mudah dan sungguh enak dimakan begitu sahaja

Memang betul pun apam kampung sungguh enak dimakan begitu sahaja. Tak ada disalut dengan kelapa pun still rasa sedap jugak. Tu guna tagline gardenia tu. Roti gardenia tak payah sapu apa-apa sedap dimakan begitu sahaja. Apam kampung tak disalut kelapa pun sama. Sebab sangat lembut dan sedap.



Cara nak buat apam kampung sangatlah mudah. Resipenya adalah seperti di bawah.

Bahan-bahan

3 cup tepung gandum
Bahan A
1/2 cup gula merah
1/2 cup gula pasir
1 1/2 cup air

Bahan B
1/2 cup air suam
1/4 yis
1/2 tsp gula

Cara-cara
1. Campurkan bahan B. Biarkan hingga berbuih. Jika tak berbuih, maknanya yis tak hidup. Kena make sure dapat yang berbuih.
2. Campurkan bahan A. Kacau hingga larut.
3. Campurkan tepung, bahan A dan B. Kacau hingga sebati
4. Biarkan selama 3jam
5. Kukus selama 25 minit

Kalau dimakan yang disalut denga kelapa, of course bertambah-tambah lagi keenakkannya. Just in case tak ada kelapa di rumah, masih lagi boleh buat apam kampung. Dan masih lagi enak dimakan.. Anak saya, Dak Zafirah suka makan yang tak disalut kelapa.

Kalau nak salut kelapa, just gaul kelapa putih dan garam secukup rasa. Kelapa ni digaul dengan kuih apam yang dah dipotong. Apapun apam dengan ada dan tidak disalut kelapa, kedua-duanya sedap dan enak.

I've Been Ducked!

Ya.. Saya telah memiliki duck pertama. Yang founder Vivy Yusof tu. Barangan duck itu adalah duck skarf Matte Satin Silk Miss Cinnamon Roll. Macam tak percaya jea saya ada barangan duck. Duck ni orang marhean macam saya kena pikir 10x sebelum buat keputusan untuk beli. Huhu



Saya memiliki duck scarf hasil kemenangan dari Book Giveaway By JJM and friends. Sponsor hadiah untuk saya adalah blogger Nadia. Yup lumayan kan hadiah GA ni. Duck scarf ni adalah salah satu koleksi duck beliau. Actually hadiah yang utama adalah story book. Nama giveaway pun book giveaway kan. Tapi blogger Nadia turut menambah hadiah lagi. Pin yang comel pun dapat jugak.




To blogger Nadia, thanks for all lovely gift. Semoga blogger Nadia sentiasa dimurahkan rezeki.

18 April 2020

Percutian Di Bandar Muar Part 1 │Jalan jalan di Taman Tanjung Emas & Makan Mee Bandung Muar

Ada pergi ke Muar haritu sebab menghadiri family occasion belah Kimchi. Tidur di Muar satu malam. Settle hal family yang tamat pada petang hari pertama, dah dapat luangkan masa untuk aktiviti sendiri pulak.

Since  separuh hari first day dah spend untuk hal family ni, tak dapat nak pergi berjalan banyak tempat sangat. Start explore bandar Muar pada malam. First time sampai Muar ni. Siap cari di internet tempat yang menarik di Muar untuk dilawati.

Mula-mula pergi jalan-jalan Taman Tanjung Emas. Taman adalah tempat beriadah yang terletak di tepi Sungai Muar. Sangat meriah dengan kunjungan orang ramai even dah waktu malam pun.






Macam-macam aktiviti boleh dilakukan di situ seperti main belon air, main remote control dan banyak lagi. Budak-budak duk main belon air. While orang dewasa cari port dan membawang sambil menikmati permandangan Sungai Muar dan lampu- lampu warna warni yang bergantungan di Taman ini.

 

Dah selesai jalan-jalan, cari port makan malam pulak. Cari di google makanan yang famous di Muar. Keluar Mee Bandung di carian. Pergi makan di Mee Bandung Central Tanjung Agas.



Mula-mula order Mee Bandung special. Special sebab ada udang galah. Lepas tu tiber orang kedai bagitau udang galah tak ada stok pulak. So tukar yang biasa.



Rasanya memang sedap. Kuahnya sangat pekat. Tak pedas dan rasa lemak lemak manis. Kena dengan tekak saya mee bandung Muar ni.



So, first day di Muar just dapat buat aktiviti beriadah di Taman Tanjung Emas dan food hunting Mee Bandung Muar.

Continue reading part 2 by clicking Percutian Di Bandar Muar Part 2 │ mengopi di 434 Kopi House Muar & Melawat Masjid Jamek Sultan Ibrahim