Unicorn Birthday Cake │Kek Pilihan Qisya Untuk Sambutan Hari Jadinya
Uishh. Lamanya rehat daripada menulis blog. Hati tak keruan
sangat pabila begitu lama tidak update blog. Hari-hari rasa bersalah sebab tak
update blog. Tapi apa boleh buat. Keadaan tak berapa nak memihak untuk update
blog. Preggy at the same time dengan kerja. Kerja tu perghhh.. Mencabar
sungguh.
Okla, tak mahulah ulas panjang-panjang sebab munasabab tak dapat nak update blog. Alasan jea semua tu. Kalau betul-betul ada kemahuan, akan ada jalannya. Ermm macam tak betul jea pepatah ni. kuikuikui
Sekarang nak up entri Sambutan Hari Jadi anak Maksu. Dah sangat lama berlalu. Actually taklah lama sangat. Hari kejadiaan tu adalah pada awal tahun ni.
Sekarang nak up entri Sambutan Hari Jadi anak Maksu. Dah sangat lama berlalu. Actually taklah lama sangat. Hari kejadiaan tu adalah pada awal tahun ni.
Walaupun gathering kecil-kecilan jea tapi bagi saya sangat
bermakna. Wajib di up entri supaya sentiasa diingati. Suka berkumpul macamni.
Sekarang dah susah nak berkumpul macam sebab tengah sahut seruan Perdana
Menteri untuk #stayathome. Bilalah nak berakhir wabak Covid-19 ni.
Maksu menjemput jiran-jiran dan ahli keluarga untuk
menyambut hari jadi Qisya yang keenam. Qisya anak kedua maksu yang sebaya Dak
Zafran. Satu kindergarden ngan Zafran jugak.
Qisya pilih tema unicorn untuk kek hari jadinya. Sangat
comel keknya. Dak Zafirah duk geram jea tengok kek unicorn Dak Qisya. Asyik
cuba nak sentuh cake Qisya. Terpaksalah Mama dukung Dak Zafirah sebab Dak
Zafirah cuba nak cucuk-cucuk kek Qisya. Nanti kang rosak pulak birthday cake
Qisya sebelum sempat buat upacara potong kek.
Menu lain yang disediakan untuk menjamu tetamu adalah sate,
mee goreng, karipap dan roti jala. Uwan pulak bawak kuih kaswi dari kampong.
Habis sesi potong cake, keluarga inun sambung chit chat.
Haii rindunya dengan suasana ni. Berkumpul dengan saudara-mara. Bukanlah tak
suka stayathome. Just tak tahu sampai bila tak boleh nak gathering. Bebas untuk
berjumpa dengan sesiapa.
Bulan puasa nak dekat dah. Terawih nanti macammanalah. Raya pun
macammanalah. Adakah tahun ini akan jadi Raya pertama disambut di rumah sendiri
sahaja. Raya pertama disambut dengan keluarga kecil sendiri sahaja. Wallahualam.
Happy birthday.. Kek sangat cantik
ReplyDeleteCantiknya kek tu..
ReplyDelete