Babymoon vacay haritu pilih menginap di Copthorne Hotel. Kalau berpeluang untuk bercuti lagi di Cameron Highland, nak try menginap di Heritage Hotel.
Heritage Hotel dengan gaya hotel butik ala Tudor yang terletak di puncak bukit yang menawarkan pemandangan Tanah Rata. Bila berkabus, tak nampak macam dalam Malaysia pun kan.
Setiap bilik hotel bertaraf 4 bintang ni menawarkan balkoni peribadi
untuk para tetamu menikmati pemandangan hutan tropika 1,500 meter dari
aras laut.
Nak cari makan di pusat bandar Tanah Rata korang boleh berjalan kaki
saja. Kalau nak makan di hotel pun boleh. Ada pelbagai menu menarik
tempatan dan antarabangsa disajikan.
Antara kemudahan yang ditawarkan lawatan pelancongan dan perniagaan,
perpustakaan, pusat kecergasan dan taman permainan kanak-kanak.
Nak lagi menarik, terdapat taman berlandskap di hotel ini yang direka ala kawasan kampung Inggeris. Sesuai bagi korang yang ingin hirup udara segar dan dikelilingi dengan taman yang indah.
Jalan Gereja, Tanah Rata,
39000 Cameron Highlands, Pahang.
Harga : RM210 - RM650
Best nya herittage nie.. Ada rezeki lepas PKP ini bolehlah stay sini..
ReplyDelete