Staycation At Regalia Resident Luxury Suites, Kuala Lumpur To Celebrate 34th Parents Anniversary Cum Niece's First Birthday Celebration

Setiap kali sambutan ulang tahun perkahwinan mak dan abah, abah yang selalu arrange gathering. Abahla yang pilih tempat untuk berkumpul dan juga keluar duit untuk perbelanjaan yang melibatkan gathering ni.



Untuk ulang tahun ke-34, kitaorang adik-beradik sepakat untuk arrange gathering tanpa melibatkan keringat dan duit mak abah. Nak buat surprise celebration pun ada. Sebab mak abah tak tahu apa plan kami. 


Mak Abah just diberi maklumat yang kena overnight di satu tempat untuk malam dan masa nak pergi kena mengenakan pakaian yang cantik-cantik dan ikut tema warna.


Plan adik beradik adalah staycation di Regalia Residence & Suites selama satu malam. Sambutan ulang tahun perkahwinan dilakukan semasa mula-mula sampai apartment. Sebelum mak abah sampai, Didi dan Mus yang datang check in dahulu. Budak dua ni nak kena buat decoration dan susun makanan. Menu sambutan ulang tahun adalah Nasi Gepuk, cheese tart, dominos pizza, cream puff, dan side dish yang lain.



Mak abah sampai sahaja di pintu terus sebut surprise dan wish anniversary. Terkejut jugaklah mak abah. Terus pakaikan mak abah ribbon sash dan potong cake. Dak Filzah pun potong cake sebab disertakan dengan sambutan harijadi yang pertamanya. Dah potong cake pemberian hadiah untuk mak abah dan juga Dak Filzah.



Sebulan jugaklah untuk rancang hari kejadian ni.  Tempat ini dipilih sebab lokasinya sangat menarik iaitu di tengah-tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur. Apartment yang pilih ada tiga bilik, dua bilik air, kitchen dan paling menarik balkoni menghadap permandangan bangunan pencakar langit. Antaranya KLCC dan Menara KL. Sangat best kan.





Lepas tu apartment ini juga ada dua jenis swimming pool. First adalah infinity pool yang berada di rooftop dan menghadap permandangan bandar KL. Tapi swimming pool ini kanak-kanak tak boleh mandi. Setakat nak jalan-jalan, nak bergambar, boleh.



Yang kanak-kanak boleh masuk, swimming pool yang berada di tingkat 5. Swimming pool inipun best jugak. Exterior design sangat cantik. Siap ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Just tak menghadap permandangan KLCC dan menara KL.




Exterior design di lobi pun sangat cantic. Siap ada kolam ikan. Part yang tak bestnya, lift nya mak aii bapak slow. Kena fikir masak-masak kalau nak pergi mana-mana nak mengunakan lift.



Apapun mak abah sangat happy dengan sambutan yang disusun atur oleh kami. Lepas ni maybe kami adik beradik teruskan cara sebegini untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mak abah.



Share this:

CONVERSATION

7 comments:

  1. Tempat nampak macam menarik.. Harganya juga berpatutan

    ReplyDelete
  2. As claimed by Stanford Medical, It's really the ONLY reason women in this country live 10 years longer and weigh 19 KG lighter than us.

    (And actually, it really has NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and EVERYTHING related to "how" they eat.)

    BTW, I said "HOW", not "what"...

    TAP this link to reveal if this short test can help you find out your real weight loss possibilities

    ReplyDelete
  3. Cantik apartmennya.. Alhamdulillah dapat buat aktuviti macam nie bersama keluarga..

    ReplyDelete