19 January 2020

All About Godiks Family’s Hatyai Tour│ 3D2N At Mayflower Grande Hotel, Hat yai

Untuk Travel Hatyai baru-baru ini, hotel yang dipilih untuk dijadikan tempat penginapan selama tiga hari adalah May Flower Grande Hotel.




Mak yang pilih hotel ini. Katanya sebab interior hotel dan bilik cantik. Yup not bad interiornya.
Hotel ini adalah 3 star yang berlokasi di tengah bandar Hatyai. Sangat strategic tempatnya sebab berhadapan dengan deretan kedai. Betul-betul di hadapan hotel ada 7 Eleven. 


Pada waktu malam pula ada hawkers food stalls dibuka. Macam-macam street food ada dijual. Yang bestnya mostly halal. Selain makanan, barangan seperti souvenir pun ada.




Bilik agak luas. Sangat selesa untuk saya sekeluarga. Kemudahan asas semua lengkap. Yang tak bestnya tak ada iron disediakan. Memang ad abaca review hotel ini tak disediakan iron. Cuma ada room service untuk perkhidmatan iron jea. Tapi dibuka dari pukul 9 sehingga pukul 5 petang. 




Memang tak pernah sempatlah nak hantar sebab kitaorang keluar pagi dan sampai hotel malam. Pakai ajealah pakaian kedut-kedut.




Apapun, boleh bagi rate 4 star untuk hotel ini. Sangat recommended.

Back reading to first entry by clicking ALL ABOUT GODIKS FAMILY’S HATYAI TOUR │EAT AND EAT AT KLONGHAE FLOATING MARKET, HATYAI THAILAND

1 comment: