All About Godiks Family’s Hatyai Tour│ Act & Pose At Magic Museum, Hatyai

Bila tengok nama museum, first yang terlintas dalam kepala tengok pertunjukkan silap mata di museum ni. Salah rupanya sangkaan saya. Magic museum adalah pameran lukisan 5D rupanya.




Masuk-masuk sahaja musem ni terus dikejutkan dengan motion art hantu. Asalnya potret perempuan zaman era Victorian dahulu. Apabila berada dekat dengan potret ni, terus potret perempuan bertukar wajah hantu dan macam nak terkam orang yang berdekatan tadi. Macam ada sensor boleh detect.





Dak Zafran terlihat wajah hantu terus jadi ketakutan. Terus keluar dari museum. Traumala budak tu. Terpaksalah pujuk dan tenangkan Dak Zafran. Terpaksa duduk rapat dengan dia sepanjang berada dalam museum.





Museum ni siap ada apps. Dicadangakan untuk download apps ni. Bila ambil gambar di lukisan 3D dengan mengunakan apps ni, gambar yang diambil-ambil ada motion. Maknanya ada pergerakkan. Ini kira first timelah saya pergi musem yang mengunakan apps macamni.Tapi certain gambar sahaja yang memerlukan mengunakan  apps. Gambar lain adalah 3D biasa sahaja.





Lepas dah habis pusing museum ni, terus ke kedai souveniar. Beli tshirt, teddy bear untuk Zafirah. Cool jugak musem ni. Sebab ada gambar yang diambil ada pergerakkan. Dak Zafran seronok bergambar di lukisan 5D sampai hilang dah traumanya. Pengajaran buat mak paknya. Tak payah pandai-pandai tunjuk benda-benda menakutkan kat budak-budak. Kalau jenis budak lemah semangat, mau menangis jea. Nasib baik Zafran jenis cepat lupa.Huhu.

Continue reading next story by clicking ALL ABOUT GODIKS FAMILY’S HATYAI TOUR│ ELEPHANT RIDING & CROCODILE SHOW AT CHANG PUAK CAMP, HATYAI

Share this:

CONVERSATION

1 comments: