19 January 2020

All About Godiks Family’s Hatyai Tour│ Enjoyed City View At Hat Yai Cable Car, Thailand

Kalau ikutkan driver kitaorang, dia tak recommend untuk kunjungi Cable Car Hat Yai. Katanya tiada apa yang menarik nak dilihat di situ. Tapi kitaorang insist nak pergi jugak. Dah alang-alang sampai Hatyai kan. Pergi ajelah semua tempat menarik yang ada di Hatyai.



Cable Car Hat Yai berlokasi di atas bukit. Ala-ala Bukit Bendera. Naik Cable Car untuk pergi ke puncak bukit satu lagi.



Di area Cable Car, Cuma ada temple dan patung buddha yang sangat besar. Tapi under maintenance. Jadi tak berapa nak nice ambil gambar. Lepas tu oleh lihat permandangan bandar Hatyai dari atas bukit.



Harga naik cable car dalam RM20. Naik kereta cable car dalam 5 minit sahaja. Dari dalam cable car boleh menikmati permandangan bandar HatYai.



Sampai sahaja ke bukit satu lagi, terus bau bakar colok. Rupanya tempat yang ditujui dengan naik cable car adalah tokong sahaja. Tempatnya memang tak besar. Muat untuk sebuah temple sahaja. Pusing satu round terus patah balik.



Sebelum balik bergambar berlatarbelakang permandangan bandar Hatyai dari atas bukit. So, Cable Car Hat Yai ni pergi sekali cukuplah. Kalau yang tak pernah sampai pun, rasa taknak pergi ke tempat ini pun tak apa.


3 comments:

  1. Wahh kat Hat Yai ada cable car jugak. 1st time tau ni

    ReplyDelete
  2. Seram pula nak naik cable car.. hehehe

    ReplyDelete
  3. What an incredible adventure the Godiks Family had in Hat Yai, Thailand! Reading about their experience exploring the city and enjoying the Hat Yai Cable Car ride truly brought the sights and sounds to life. It's these travel stories that inspire us to add new places to our bucket list. Speaking of experiences, if you're looking to free up some space and get rid of old vehicles, consider reaching out to Brisbane Cash for Scrap Cars. Just as the Godiks Family embraced new sights and experiences on their trip, you can embark on a journey to declutter by recycling and selling your unwanted cars. It's a convenient way to make room for more memories while contributing to a greener environment.

    ReplyDelete