19 January 2020

All About Godiks Family’s Hatyai Tour│ Elephant Riding & Crocodile Show At Chang Puak Camp, Hatyai

Chang Puak Camp adalah tempat pertunjukan haiwan yang semestinya haiwan gajah. Gajah kan macam haiwan rasmi bagi negara Thailand. Selain Gajah, ada haiwan buaya dan monyet.
Selain lihat pertunjukkan haiwan, aktiviti lain yang boleh dilakukan di situ adalah naik ATV, memanah dan banyak lagi. Setiap aktiviti yang dilakukan di situ, ada dikenakan bayaran.



Kitaorang pilih untuk naik gajah dan juga lihat pertunjukkan buaya. Tapi saya tak gajah. Macam bahaya nak naik gajah time tengah sarat preggy ni. Dak Zafirah pun tidur. Farid n family pun follow tak naik. Dak Filzah not in good mood.



Dak Zafran excited nak naik. Gajah riding ni  pusing-pusing dalam hutan. Dak Zafran dengan perangai taknak kalahnya beria-ria nak berada di hadapan gajah  yang dinaik oleh tokli, grandma dan gajah yang dinaiki oleh didi dan uwan.



Mula-mula dah berada di hadapan. Seronok dah Dak Zafran. Dah nak sampai boleh pulak gajah uwan didi guna short cut. Gajah diaoranglah sampai dulu. Gajah yang Zafran naik dapat tempat 1st runner up.



Patutnya not badla kan. No dua tue. Tapi Dak Zafran menangis melalak-lalak tidak boleh menerima kekalahan kepada gajah uwan. Macam terlepas peluang memenangi hadiah utama set hot wheel gitu.
Pastu susah nak pujuk pulak tu. Papanya tryla belikan ice cream supaya Dak Zafran tak bersedih lagi. Still tak jalan. Maybe Dak Zafran ni lapar pun ada. Kalau susah nak berhenti menangis selalunya sebab lapar.



Time tu kena rush pergi tengok pertunjukkan buaya. Pertunjukkan buaya nak start. Bawak jugaklah Dak Zafran tengok buaya walaupun menangis tak berhenti lagi.



Bila dah tengok buaya, Dak Zafran berhenti menangis sambil minum milo. Pertunjukkan buaya okla walaupun buaya-buaya macam malas nak layan jea dengan instructornya. Macam kena drug pun ada. Layan ajealah pertunjukkan buaya ni. Ni jea yang best untuk dilakukan di Chang Puak Camp. First yang gajah riding tu.



Actually saya tak adalah nak sangat pergi Chang Puak Camp ni. Sebab tahap kesedaran terhadap kebajikan haiwan dalam diri saya dah semakin menebal. Tak berapa nak promote tempat yang melibatkan pertunjukkan haiwan ni. Tapi pergi ajelah since ni jea tempat menarik yang ada di Hatyai.
Actually di Chang Puak Camp, ada jea aktiviti lain tanpa melibatkan haiwan yang boleh dilakukan. Macam yang baru sebut atas tu iaitu memanah, menembak, ATV racing. Even nak massage pun ada situ.



Apapun, Chang Puak Camp agak menarik untuk pergi. Dak Zafran walaupun menangis tapi having fun naik gajah. Tapi sekali tu cukuplah bagi dia naik gajah. Terpaksa bagi sebab dah sampai kan.  Taknak galakkan Zafran menyokong pertunjukkan haiwan sebegini.

1 comment: