13 January 2020

Cuti Hujung Minggu Pertama Tahun 2020 Dimanfaat Di One Utama Bersama-Sama Geng Legend

Sabtu pertama tahun 2020 hanya duduk di rumah sahaja. Tak ada keluar pergi mana-mana. Berehatlah weekend yang ni since every weekend bulan December lepas penuh dengan aktiviti sahaja. Tak lekat rumah langsung. Bertekad untuk duduk rumah sahaja pada hujung minggu pertama tahun 2020.



So, buat aktiviti 5S dan kemas-kemas rumah. Baby pun bakal keluar pada bulan March 2020. InsyaAllah. Kena make sure rumah dalam keadaan teratur sempena nak sambut baby.


Tapi esoknya iaitu hari Ahad ada jugak keluar rumah. Ada jugak salah satu hari yang nak kena keluar jugak. Haha. Mungkir janji tul.


Tapi last minute plan keluar ni. Geng legend yang cadang nak buat adhoc gathering di One Utama. Katanya nak bawak budak-budak jalan-jalan. Kami pula since most of house chore dah settle, rvsp kepada mereka boleh turut serta jugak.


Sampai-sampai One Utama, lunch dahulu. Wajiblah isi perut dulu untu tambah tenaga nak membawang. Paling penting, budak-budaklah. Bili perut diorang kenyang, takdelah nak meragam.
Selepas makan, terus pergi main bowling. Geng apak sahaja yang main bowling .Depa main sampai dua round. Kaum hawa beraktiviti membawang.  


Habis sahaja main bowling, sambung lagi aktiviti berkumpul di mcdonald Kota Damansara. Pilih  ni tempatsebab ada playground. Budak-budak boleh main di situ. Mak pak pulak membawang sampailah nak masuk Maghrib.



Next plan gathering  adalah Staycation di Acapella katanya. InsyaAllah bulan Februari.

3 comments:

  1. Meriah bila berkumpul ramai-ramai ini..

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat meriah... saya sudah lama tak pergi bowling dah...

    ReplyDelete