Cuti Hujung Minggu Pertama Tahun 2020 Dimanfaat Di One Utama Bersama-Sama Geng Legend
Sabtu pertama tahun 2020 hanya duduk di rumah sahaja. Tak
ada keluar pergi mana-mana. Berehatlah weekend yang ni since every weekend bulan
December lepas penuh dengan aktiviti sahaja. Tak lekat rumah langsung. Bertekad
untuk duduk rumah sahaja pada hujung minggu pertama tahun 2020.

So, buat aktiviti 5S dan kemas-kemas rumah. Baby pun bakal
keluar pada bulan March 2020. InsyaAllah. Kena make sure rumah dalam keadaan
teratur sempena nak sambut baby.

Tapi esoknya iaitu hari Ahad ada jugak keluar rumah. Ada
jugak salah satu hari yang nak kena keluar jugak. Haha. Mungkir janji tul.

Tapi last minute plan keluar ni. Geng legend yang cadang nak
buat adhoc gathering di One Utama. Katanya nak bawak budak-budak jalan-jalan.
Kami pula since most of house chore dah settle, rvsp kepada mereka boleh turut
serta jugak.

Sampai-sampai One Utama, lunch dahulu. Wajiblah isi perut
dulu untu tambah tenaga nak membawang. Paling penting, budak-budaklah. Bili
perut diorang kenyang, takdelah nak meragam.
Selepas makan, terus pergi main bowling. Geng apak sahaja
yang main bowling .Depa main sampai dua round. Kaum hawa beraktiviti
membawang.

Habis sahaja main bowling, sambung lagi aktiviti berkumpul
di mcdonald Kota Damansara. Pilih ni tempatsebab
ada playground. Budak-budak boleh main di situ. Mak pak pulak membawang
sampailah nak masuk Maghrib.


Next plan gathering
adalah Staycation di Acapella katanya. InsyaAllah bulan Februari.
Meriah bila berkumpul ramai-ramai ini..
ReplyDeletelama tak main bowling huhuuu
ReplyDeleteNampak sangat meriah... saya sudah lama tak pergi bowling dah...
ReplyDelete