Kitaorang just nak overnight di hotel yang best yang dapat feeling
di oversea, shopping barang-barang segar CH dan makan dessert yang sedap di
salah satu tempat yang best. Yup semua yang plan dapat dilaksanakan dengan baik
walaupun kena mengharungi trafik jem yang sangat kronik.
Hotel yang kitaorang stay memang best iaitu di Copthorne. Dah
share di entri BABYMOON VACATION │STAYING AT COPTHORNE HOTEL CAMERON HIGHLANDS FOR 2D1N. Shopping pula di Kea Farm. Kea Farm within walking distance
hotel yang kami stay ni. So, tak payah susah-susah nak drive. Kalau drive hmmm
habis masa dengan kesesakan trafik sahajalah.
Untuk menikmati dessert berasaskan Strawberry, tempat yang
kitaorang pilih adalah Cameron Valley Tea Farm.
Di situ ada banyak pilihan dessert dan teh dan permandangan lading teh
di situ sangat cantic.
Cameron Valley adalah on the way ke Tapah. So, kurang nak kena mengharungi kesesakan di CH kalau berbanding ke Simpang Pulai. Tapi salah teori kami ni. Kena hadap jem jugak. Asal nak masuk bandar iaitu Tanah Rata, etc, kereta merangkak-rangkak di atas jalan. Tapi kalau yang menghala ke Simpang Pulai lagi worst. Sebab on the way Simpang Pulai yang banyak tempat tarikan macam Lavender hill etc.
Dari hotel kami iaitu Kea Farm ke Cameron Valley mengambil masa sejam lebih. Sampai-sampai Alhamdulillah dapat gazetted parking available yang betul-betul di hadapan café. Rezeki sangat. Sebab Tea House punya gazetted parking nya sangat limited. Kalau penuh kenalah parking di tepi jalan yang kadang-kadang sampai jauh dari tea house.
Dah parking, terus cari seat kosong. Alhamdulillah jugak dapat seat yang available dan selesa. Dapat menikmati dessert yang bakal di order dengan tenangnya sambal menikmati permandangan ladang teh yang cantik. Menu yang di order adalah strawberry cheese cake, scone, strawberry tea dan chicken croissant.
Lepas makan, naik buggy car untuk turun ke ladang the. Bayaran
dikenakan dalam RM20/pax. Perkhidmatan ni baru jea ada. Sebelum ini tak pernah
lagi disediakan. Kalau nak turun bukit ke ladang teh kena jalan kaki sahaja.
Tapi sekarang jalan kaki pun dah kena bayar. RM2/pax. Sebelum ni tak ada dikenakan
apa-apa cas pun. Pandai yea buat bisnes.
Buggy car bawa kitaorang sampai ke kaki bukit ladang the. Dah
sampai kaki bukit, ada taman di situ. Siap ada dessert truck yang boleh nak
order the dan juga dessert. Boleh makan sambal
menikmati permandangan ladang the. Sungai pun ada. Sangat nice untuk bergambar
di sini.
Dalam 30 minit lepas tu, buggy car dating semula untuk bawa naik
ke atas. Ke tempat café tadi.
Tercapai jugak hasrat untuk bercuti di Cameron Highland sebagai
persediaan untuk menghadapai fasa meneran etc. Walaupun bercuti pada peak hour,
tapi dapat melakukan semua aktiviti yang dirancang. Alhamdulillah.