Akhirnya
Dak Mus berjaya menghabiskan pembelajaran ijazah sarjana muda dalam bidang
kejuruteraan process di Unimap, Perlis. Ingat lagi masa Mus struggle nak
menyesuaikan diri di Matriks sebab first time away from family. Sekarang
selamat dah pun habis degree di Unimap.
Kitaorang
satu family book homestay satu malam di Kangar, sehari sebelum konvo Mus.
Dapatlah rehat-rehat setelah perjalanan jauh dari KL.
Pada hari
konvo Mus, cuaca sangat baik. Baik sangat sampai tak redup langsung. Panas
lit-lit. Sidang Mus pagi. Maknanya habis dalam tengahhari. Memang bahang
sangatlah time nak bergambar.
Mak Pak budak-budak terpaksalah guna macam-macam
cara supaya budak-budak tak meragam. Dak Zafirah tak ada hal sangat. Yang nak
kena jaga mood, hati dan perasaan nih tak lain tak bukan Dak Zafran. Haishhh..
Paling
kemuncak ragam Dak Zafran, time nak ambil gambar di studio. Memang sebelum ni
pun bersilatlah kalau nak bergambar di studio. Time photoshoot master mimi.
Ambil gambar untuk passport. Dia takut sangat dengan cahaya flash.
Cuba dan
cuba, akhirnya dapat jugak ambil gambar satu keluarga dengan semua mata pandang
kamera. Thanks to abam-abam photographer kerana menjayakan family photoshoot
ni.
To Dak Mus,
congrats on your graduation. Semoga capai hasrat nak sambung master pulak.
tahniah..:)
ReplyDeletealhamdulillah tahniah ^_^
ReplyDeletetahniah
ReplyDeleteTahniah
ReplyDelete