Mus’ Degree Convocation Day at Unimap, Perlis


Akhirnya Dak Mus berjaya menghabiskan pembelajaran ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan process di Unimap, Perlis. Ingat lagi masa Mus struggle nak menyesuaikan diri di Matriks sebab first time away from family. Sekarang selamat dah pun habis degree di Unimap.





Kitaorang satu family book homestay satu malam di Kangar, sehari sebelum konvo Mus. Dapatlah rehat-rehat setelah perjalanan jauh dari KL.

Pada hari konvo Mus, cuaca sangat baik. Baik sangat sampai tak redup langsung. Panas lit-lit. Sidang Mus pagi. Maknanya habis dalam tengahhari. Memang bahang sangatlah time nak bergambar. 

 


Mak Pak budak-budak terpaksalah guna macam-macam cara supaya budak-budak tak meragam. Dak Zafirah tak ada hal sangat. Yang nak kena jaga mood, hati dan perasaan nih tak lain tak bukan Dak Zafran. Haishhh..

Paling kemuncak ragam Dak Zafran, time nak ambil gambar di studio. Memang sebelum ni pun bersilatlah kalau nak bergambar di studio. Time photoshoot master mimi. Ambil gambar untuk passport. Dia takut sangat dengan cahaya flash.




Cuba dan cuba, akhirnya dapat jugak ambil gambar satu keluarga dengan semua mata pandang kamera. Thanks to abam-abam photographer kerana menjayakan family photoshoot ni.
To Dak Mus, congrats on your graduation. Semoga capai hasrat nak sambung master pulak.

Share this:

CONVERSATION

4 comments: