26 December 2019

Aqil Zafran’s Bright Atfal Graduation & Performance Day at Auditorium UITM Puncak Alam

Dah akhir tahun ni, standard lah kan akan ada majlis graduasi anak-anak. Anak-anak yang di bangku persekolahanlah. Kalau university tak semestinya akhir tahun.



Iolss pun tak ketinggalan lah join majlis graduasi dan pencapaian anak. Eh iolss dah ada anak yang dah masuk sekolah ke. Dak Zafran bukan baru 5 tahun ke. Yea Dak Zafran yang pre school pun ada Graduation & Performance Day. Zaman sekarang sekarang bukan macam dulu. Yang nak kena tunggu tamat belajar di U, baru dapat merasai majlis graduasi.

Dak Aiman, anak Lina pun sama preschool dengan Zafran

Anak maksu jugak

Tapi preschool punya graduation event opkos level preschool ajelah. Bukanlah level U. Ada persembahan lagu kanak-kanak, deco pun deco kanak-kanak. Warna-warni macamtu. semuanyalah.
Graduasi hanya untuk 6 tahun sahaja. Maknanya yang pakai jubah, terima scroll etc untuk 6 tahun sahaja. Yang 5 dan 4 tahun tak terlibat. Cuma terlibat buat persembahan sahaja. So, Zafran buat persembahan sahajalah.



Yang bagusnya dengan pengurusan Bright Atfal ni, semua student berpeluang untuk buat persembahan. Tak kiralah yang tak ada bakat ke, tak ada minat ke. Susah nak terima instruction ke. Semuanya diberi peluang buat persembahan. Even Zafran yang saya rasa macam agak challenging nak ajar steps pun dapat join buat persembahan. Hebat Bright Atfal’ s teachers mampu ajar Dak Zafran menari. Haha.



Saya ingat dulu zaman preschool saya dulu, mampu tengok jea hanya student favourite dipilih untuk buat persembahan. Setiap kali ada kena buat persembahan, student ni jea yang terpilih. Saya ni manalah nak terpilih. Move pun keras jea. Zaman umur 5 tahun, tipulah tak teringin nak join walaupun tahu tak ada bakat. Tapi tak adalah menangis guling-guling bila tak terpilih tu.




Berlainan dengan di Bright Atfal. Semuanya terlibat buat persembahan. So, Zafran tak adalah rasa diketepikan. Preschool lain macam ni jugak ke.



Walaupun tengok steps Zafran macam lawak-lawak jea. Macam blur-blur pun ada. Tapi nampak dia having fun sangat di atas stage. Ini actually bagus untu bina keyakinan Zafran. Mak pak pun happy bila tengok anak happy.



Tahun depan akan lihat Zafran pakai jubah dan terima scroll pulak. Tak letak harapan tinggi. Cukuplah dia ready dan confidence untuk menempuhi alam persekolahan. InsyaAllah.

4 comments: