31 December 2019

Sambut Hari Jadi Mus Dengan Potong Salted Caramel Macadamia Cheese Cake Dari Secret Recipe

Sebelum tahun 2019 melabuhkan tirai, haruslah up entri sambutan harijadi Dak Mus yang dibuat pada awal bulan Disember. Macam dah terlewat nak up entri ni. Tapi better late than never kan. Entri ni pun sebagai kenang-kenangan.



Sambutan Hari Jadi Dak Mus kecil-kecilan jea. Just sambut bersama-sama Godiks Family dengan potong Salted Caramel Macadamia Cheese Cake di rumah mak abah di Petaling Jaya. Godik Family pun tak semua ada. Farid and family tak ada.



Nak sambut a little bit meriah macam kumpulkan semua godik family, makan di restaurant etc, Godik Family baru jea  lepas family oversea vacay di Hatyai. Maknanya baru lepas berkumpul.



Apapun sambutan hari kelahiran tetap dibuat walaupun baru sahaja berkumpul. Just buat kecil-kecilan dengan potong kek. Kek Salted Caramel Macadamia Cheese Cake yang dibeli di Secret Recipe sedap giloss. Beli one whole cake, habis dalam masa masa beberapa hari jea.

To Dak Mus, Selamat Hari jadi. Semoga capai apa yang dihajati.

26 December 2019

Aqil Zafran’s Bright Atfal Graduation & Performance Day at Auditorium UITM Puncak Alam

Dah akhir tahun ni, standard lah kan akan ada majlis graduasi anak-anak. Anak-anak yang di bangku persekolahanlah. Kalau university tak semestinya akhir tahun.



Iolss pun tak ketinggalan lah join majlis graduasi dan pencapaian anak. Eh iolss dah ada anak yang dah masuk sekolah ke. Dak Zafran bukan baru 5 tahun ke. Yea Dak Zafran yang pre school pun ada Graduation & Performance Day. Zaman sekarang sekarang bukan macam dulu. Yang nak kena tunggu tamat belajar di U, baru dapat merasai majlis graduasi.

Dak Aiman, anak Lina pun sama preschool dengan Zafran

Anak maksu jugak

Tapi preschool punya graduation event opkos level preschool ajelah. Bukanlah level U. Ada persembahan lagu kanak-kanak, deco pun deco kanak-kanak. Warna-warni macamtu. semuanyalah.
Graduasi hanya untuk 6 tahun sahaja. Maknanya yang pakai jubah, terima scroll etc untuk 6 tahun sahaja. Yang 5 dan 4 tahun tak terlibat. Cuma terlibat buat persembahan sahaja. So, Zafran buat persembahan sahajalah.



Yang bagusnya dengan pengurusan Bright Atfal ni, semua student berpeluang untuk buat persembahan. Tak kiralah yang tak ada bakat ke, tak ada minat ke. Susah nak terima instruction ke. Semuanya diberi peluang buat persembahan. Even Zafran yang saya rasa macam agak challenging nak ajar steps pun dapat join buat persembahan. Hebat Bright Atfal’ s teachers mampu ajar Dak Zafran menari. Haha.



Saya ingat dulu zaman preschool saya dulu, mampu tengok jea hanya student favourite dipilih untuk buat persembahan. Setiap kali ada kena buat persembahan, student ni jea yang terpilih. Saya ni manalah nak terpilih. Move pun keras jea. Zaman umur 5 tahun, tipulah tak teringin nak join walaupun tahu tak ada bakat. Tapi tak adalah menangis guling-guling bila tak terpilih tu.




Berlainan dengan di Bright Atfal. Semuanya terlibat buat persembahan. So, Zafran tak adalah rasa diketepikan. Preschool lain macam ni jugak ke.



Walaupun tengok steps Zafran macam lawak-lawak jea. Macam blur-blur pun ada. Tapi nampak dia having fun sangat di atas stage. Ini actually bagus untu bina keyakinan Zafran. Mak pak pun happy bila tengok anak happy.



Tahun depan akan lihat Zafran pakai jubah dan terima scroll pulak. Tak letak harapan tinggi. Cukuplah dia ready dan confidence untuk menempuhi alam persekolahan. InsyaAllah.

20 December 2019

Clay Body Wash Azyma Care │ Gel Mandian Tanah Liat Bantu Atasi Masalah Kulit

Setiap kali mengandung, memang tak boleh lari dari rasa miang-miang pada kulit badan. Paling kemuncak kalau ada kulit badan berpeluh dan ada contact pada pakaian. Dia punya gatal ya ampun kalau dah tak boleh tahan sangat, memang akan garu jea. Kadang-kadang sampai melecet. Orang kata sebab hormon mengandung.

Sampai bilalah kan nak mengaru sampai melecet. Nanti akan mendatangkan kesan buruk Kena fikir cara nak atasi masalah kegatalan ni.


Nak atasi masalah kegatalan, kenalah guna sabun mandi yang bersesuaian. Paling berkesan untuk mengurangkan  kegatalan kulit kena sabun berasaskan tanah liat dan Azyma Care ada mengeluarkan produk mandian berasaskan tanah liat yang namanya Clay Wash Azyma Care.
Tanah liat kaolin yang terkandung dalam Azyma Car Wash Body membantu menyihatkan kulit kerana sifatnya mampu membersih lebihan minyak pada kulit serta menyegarkan.  Selain itu, membantu menstabilkan PH agar ianya sesuai digunakan pada kulit yang sensitive. Sangat sesuailah untuk saya.


Selain tanah liat kaolin, Azymacare Clay Body wash ada mengandungi :-
Ekstrak kamomil - sangat baik untuk anti radang dan ia membantu mengurangkan iritasi pada kulit.

Pati lavender - mempunyai anti keradangan yang membuatkannya sangat bagus untuk membantu menyembuhkan iritasi kulit serta kemerahan akibat daripada kesan matahari.

Ekstrak timun - adalah bahan utama yang sangat berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit kerana ianya mengandungi mineral dan kelembapan semulajadi serta kaya dengan bahan emolien.

Ekstrak aloe vera - boleh mengurangkan iritasi dan keradangan kulit.



Azymacare Clay Body wash tiada mengandungi (bahan yang biasa terdapat pada kebanyakan produk mandian di pasaran):-

Diethanolamin – bahan sangat bahaya yang akan menyebabkan kanser hati.

Paraben - ialah sejenis bahan pengawet yang boleh menyebabkan kanser payudara dan mengalakkan sel-sel kanser untuk merebak.

Pewarna sintetik - adalah bahan kimia yang menyebabkan kesan alahan untuk sesetengah orang.

Silikon - Ia memberi kesan illusi kulit yang cerah, tetapi itu bukanlah kulit yang cerah sebenar seperti yang kita mahukan kerana ia adalah tiruan dan diperbuat daripada plastik.

Lyral – berdasarkan Kesatuan Negara Eropah (EU), penggunaan Lyral (nama dagangan bagi wangian sintetik) boleh memberikan kesan alahan kepada kulit sensitif.

Sumber haiwan – Tiada bahan dari sumber haiwan, hanya berasaskan bahan semulajadi tumbuh tumbuhan dan mineral tanah liat sahaja, justeru ia bersih, halal lagi suci.



Jangan risau tentang kualiti produk ini. Kerana produk ini mempunyai jaminan kerana produk ini dikeluarkan oleh kilang yang mempunyai persijilan sistem pengurusan kualiti seperti
1. GMP (kosmetik)
2. ISO 9001:2015
4. Produk berdaftar dengan NPRA (KKM)


Selain masalah kegatalan, Clay Wash Azyma Care juga bantu masalah kulit lain seperti:

1. Kulit kering dan kusam
2. Ruam-ruam.
3. Parut luka dan kudis.
4. Masalah bau badan.
6. Suburn

 Cepat-cepatlah dapatkan Azymare jika sayangi kulit anda. Nak tahu maklumat lanjut, boleh layari di

url: www.azymacare.com
FB: https://www.facebook.com/azymacareHQ/
Atau hubungi:
http://www.wasap.my/+60197760647/
http://www.wasap.my/+60197760647/
http://www.wasap.my/+60197760647/

15 December 2019

Pre Convo Dinner With Familia At Wanis Aroma Ikan Bakar, Kuala Perlis

Walaupun konvo degree Dak Mus diadakan di jauh nun di Perlis, tapi dah nama majlis konvo kan. Yang hanya berlaku sekali seumur hidup. Of course kitaorang semua tak melepaskan peluang join bersama-sama memeriahkan majlis konvo Mus.
 
Tapi of course kena bermalam dahululah sehari sebelum majlis konvo Mus. Tempat bermalam adalah di Kangar. Actually agak jauh sedikit dari Unimap. Unimap Mus dah berdekatan di Padang Besar.


Abah yang pilih untuk bermalam di Kangar. Sebab makan malam  tu boleh makan ikan bakar di Kuala Perlis. Port naik feri ke Langkawi. Ikan bakar di situ agak murah dan boleh tahan sedap. 





Saya tak tahu camne rasanya. Tak pernah makan time dah besar. Time kecik-kecik dulu pernah makan di situ. Yang lain memang baru lagi makan di situ.



Medan ikan bakar ni betul-betul di tepi pantai. Boleh makan sambil menikmati permandangan laut.
Semua jenis makanan laut yang common kitaorang order macam jenahak, sotong, udang dan pepahat. Kecuali ketamlah.
 
 Betul-betul berhadapan pantai


Habis dalam RM200 untuk 8 orang dewasa makan. Kira agak oklah kan harganya.
Lepas makan, terus balik homestay. Kenalah tidur awal sebabnya nak kena simpan tenaga untuk esoknya majlis konvo Mus dan nak masuk Hatyai. Yup ada pi Hatyai jugak. Alang-alangkan.



Kalau ada pi Perlis lagi, bolehlah makan di medan ikan bakar. Tapi tahulah bila kan. Sebab jauh nun di utara. Apapun, memang sedap makan ikan bakar di sini.
















12 December 2019

McDonald’s sumbang lebih RM600,000 untuk rakyat Sabah


SEMPORNA, 10 Disember 2019 – McDonald’s Malaysia mengukuhkan pelaksanaan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya melalui penganjuran Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah, hari ini. Sumbangan sebanyak RM622,800 diumumkan oleh restoran khidmat segera tersebut bagi meringankan beban golongan masyarakat yang memerlukan di negeri ini melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan.


Sejumlah RM622,800 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s, dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.


Penyampaian sumbangan bagi Program Komuniti ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di Sabah, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Semporna. Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

“Mewujudkan impak positif kepada masyarakat merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Sebagai sebuah syarikat korporat yang mempunyai reputasi kukuh di negara ini, kami amat berharap dapat memainkan peranan kearah kesejahteraan masyarakat, lebih-lebih lagi melibatkan golongan masyarakat memerlukan di sekitar lokasi operasi kami,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

“Semoga pembukaan restoran terbaharu kami di Sabah ini membuka peluang pekerjaan dan ruang kearah pembangunan bakat, khususnya mereka yang tinggal di Semporna. Di samping merancakkan lagi ekonomi negeri, besar harapan kami agar pengembangan perniagaan kami di Sabah membolehkan kami meringankan beban lebih ramai golongan masyarakat kurang bernasib baik di negeri ini,” tambah Azmir lagi, yang juga merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia.

YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis ini.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah ketika menyampaikan ucapan beliau di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah.

“Sumbangan McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti mereka adalah sesuatu yang wajar dipuji. Kerajaan negeri amat mengalu-alukan pengembangan perniagaan McDonald’s di Sabah dan usaha mereka kearah kesejahteraan rakyat merupakan nilai tambah yang cukup bertepatan dengan aspirasi kerajaan negeri. Semoga lebih banyak program-program untuk masyarakat melibatkan syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s dapat dilaksanakan pada masa hadapan,” kata YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie.

Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Sabah untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.

(dua dari kanan) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Sabah untuk tahun 2019 kepada (dua dari kiri) Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Dr Haji Hasbullah bin Haji Mohd Taha, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS), sambil disaksikan oleh (tiga dari kiri) Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah.

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s


Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

tiga dari kiri) Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib, isteri Ketua Menteri Sabah; (tiga dari kanan) Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah dan (dua dari kanan) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika upacara pembukaan rasmi McDonald’s Pandu-Lalu Semporna, yang merupakan restoran McDonald’s pertama di daerah itu.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Sabah untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah ketika menandatangani plak perasmian McDonald’s Semporna, sambil disaksikan oleh Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti McDonald’s yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program “Kembali ke Sekolah”

Lebih 1,900 kanak-kanak dari 63 sekolah di seluruh negeri Sabah menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.





Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

 (kiri ke kanan) Shamsidar Yahya, Pengarah Komunikasi Korporat, McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib, isteri Ketua Menteri Sabah; Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah; Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Berusaha Tuan Benedict Asmat, Pegawai Daerah Semporna  menyerahkan pek ‘Kembali ke Sekolah’ kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah semasa Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah. Lebih 1,900 kanak-kanak dari 63 sekolah rendah di Sabah menerima pek ‘Kembali ke Sekolah’ ini.

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.


Latarbelakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.


Latarbelakang RMHC


RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/

10 December 2019

Quick Reunion With Ex Coursemates at AmyxZam Wedding, Damai Glasshouse Kuala Lumpur

Setelah sekian lama tak berjumpa dengan budak-budak satu batch course kimia di UKM dulu, akhirnya berjumpa jua di wedding Mira. Yup di wedding Mira. Mira already  married. Sudah sampai seru akhirnya Mira untuk menamatkan zaman bujangnya bersama insan pilihannya. Cewahhh ayat.



Saya hampir tak sempat nak jumpa dengan diaorang. Sampai tempat wedding lambat sangat. Dalam pukul 3. Diaorang semua pukul 1 lagi dah ada di tempat wedding. Anak baru dua orang pun dah start tak boleh sampai awal. Nanti nak masuk anak tiga, acanolah. Huhu.


Actually itu bukan main reason lah last minute sampai. Ada kena kerja half day haritu. Pukul 12 tengahhari baru habis kerja. Sampai rumah dalam pukul 12:30. Ding dong ding dong. Pukul 1:30 baru nak gerak.huhu.

Tempat wedding dari saujana boleh tahan jauhnya. Makan sejam perjalanan. Tambah jem lagi. Tue sampai dalam pukul 3.  Sampai-sampai tengok coursemates semua nak gerak balik. Nasib baik dapat jugaklah bergambar dengan diaorang bersama pengantin sekali. Thanks korang sudi stay sekejap supaya ada gambar iolss dengan korang dengan pengantin sekali.



Btw, to Mira. So happy for you. You almost accomplish everything u want. Having good career, finding right soulmate dan semualah. Congrats to you.

7 December 2019

Mus’ Degree Convocation Day at Unimap, Perlis


Akhirnya Dak Mus berjaya menghabiskan pembelajaran ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan process di Unimap, Perlis. Ingat lagi masa Mus struggle nak menyesuaikan diri di Matriks sebab first time away from family. Sekarang selamat dah pun habis degree di Unimap.





Kitaorang satu family book homestay satu malam di Kangar, sehari sebelum konvo Mus. Dapatlah rehat-rehat setelah perjalanan jauh dari KL.

Pada hari konvo Mus, cuaca sangat baik. Baik sangat sampai tak redup langsung. Panas lit-lit. Sidang Mus pagi. Maknanya habis dalam tengahhari. Memang bahang sangatlah time nak bergambar. 

 


Mak Pak budak-budak terpaksalah guna macam-macam cara supaya budak-budak tak meragam. Dak Zafirah tak ada hal sangat. Yang nak kena jaga mood, hati dan perasaan nih tak lain tak bukan Dak Zafran. Haishhh..

Paling kemuncak ragam Dak Zafran, time nak ambil gambar di studio. Memang sebelum ni pun bersilatlah kalau nak bergambar di studio. Time photoshoot master mimi. Ambil gambar untuk passport. Dia takut sangat dengan cahaya flash.




Cuba dan cuba, akhirnya dapat jugak ambil gambar satu keluarga dengan semua mata pandang kamera. Thanks to abam-abam photographer kerana menjayakan family photoshoot ni.
To Dak Mus, congrats on your graduation. Semoga capai hasrat nak sambung master pulak.