SEMPORNA,
10 Disember 2019 – McDonald’s Malaysia mengukuhkan pelaksanaan
aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya melalui penganjuran Program Komuniti
McDonald’s Peringkat Negeri Sabah, hari ini. Sumbangan sebanyak RM622,800
diumumkan oleh restoran khidmat segera tersebut bagi meringankan beban golongan
masyarakat yang memerlukan di negeri ini melalui pelbagai inisiatif
kemasyarakatan.
Sejumlah RM622,800 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s, dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.
Penyampaian sumbangan bagi Program Komuniti ini
diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di Sabah, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu
Semporna. Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan termasuklah,
pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga
kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali
ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan
rendah.
“Mewujudkan impak positif kepada masyarakat merupakan
nilai teras McDonald’s Malaysia. Sebagai sebuah syarikat korporat yang
mempunyai reputasi kukuh di negara ini, kami amat berharap dapat memainkan
peranan kearah kesejahteraan masyarakat, lebih-lebih lagi melibatkan golongan
masyarakat memerlukan di sekitar lokasi operasi kami,” kata Azmir Jaafar,
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
“Semoga pembukaan restoran terbaharu kami di
Sabah ini membuka peluang pekerjaan dan ruang kearah pembangunan bakat, khususnya
mereka yang tinggal di Semporna. Di samping merancakkan lagi ekonomi negeri, besar
harapan kami agar pengembangan perniagaan kami di Sabah membolehkan kami meringankan
beban lebih ramai golongan masyarakat kurang bernasib baik di negeri ini,”
tambah Azmir lagi, yang juga merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Ronald
McDonald (RMHC) Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan
McDonald’s Malaysia.
YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin
Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis
ini.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah ketika menyampaikan ucapan beliau di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah.
“Sumbangan McDonald’s Malaysia menerusi Program
Komuniti mereka adalah sesuatu yang wajar dipuji. Kerajaan negeri amat
mengalu-alukan pengembangan perniagaan McDonald’s di Sabah dan usaha mereka
kearah kesejahteraan rakyat merupakan nilai tambah yang cukup bertepatan dengan
aspirasi kerajaan negeri. Semoga lebih banyak program-program untuk masyarakat
melibatkan syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s dapat dilaksanakan
pada masa hadapan,” kata YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie.
Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia
McDonald’s Malaysia
memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Sabah untuk tahun 2019 dengan bayaran
zakat berjumlah RM101,000.
(dua dari kanan) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Sabah untuk tahun 2019 kepada (dua dari kiri) Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Dr Haji Hasbullah bin Haji Mohd Taha, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS), sambil disaksikan oleh (tiga dari kiri) Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah.
McDonald's Malaysia baru-baru ini
turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti
perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.
"Sebagai sebuah
entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama
untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada
golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017
setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza
Group dari Arab Saudi," kata Azmir.
Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan
menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30
peratus kelas teori di bilik darjah. Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia – salah
satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan
modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.
tiga dari kiri) Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib, isteri Ketua Menteri Sabah; (tiga dari kanan) Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah dan (dua dari kanan) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika upacara pembukaan rasmi McDonald’s Pandu-Lalu Semporna, yang merupakan restoran McDonald’s pertama di daerah itu.
"Kami teruja untuk mengalu-alukan
para belia dari negeri Sabah untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap
melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang
diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan
seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata
Azmir.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah ketika menandatangani plak perasmian McDonald’s Semporna, sambil disaksikan oleh Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
Program ini adalah
sebahagian daripada Program Komuniti McDonald’s yang dianjurkan untuk belia
daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus
penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran
McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.
Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak
RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.
Program “Kembali ke
Sekolah”
Lebih 1,900 kanak-kanak dari 63
sekolah di seluruh negeri Sabah menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini.
Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh
McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia
dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang
dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang
terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi
membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga
berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek
"Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal
disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga
penghujung tahun ini.
(kiri ke kanan) Shamsidar Yahya, Pengarah Komunikasi Korporat, McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib, isteri Ketua Menteri Sabah; Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah; Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Berusaha Tuan Benedict Asmat, Pegawai Daerah Semporna menyerahkan pek ‘Kembali ke Sekolah’ kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah semasa Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah. Lebih 1,900 kanak-kanak dari 63 sekolah rendah di Sabah menerima pek ‘Kembali ke Sekolah’ ini.
Pek "Kembali ke Sekolah"
yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut,
sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.
Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia
dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah"
bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu
pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah
sumbangan sebanyak RM1.2 juta.
RMHC Malaysia merupakan badan
kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak
yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di
talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi
sukarelawan untuk RMHC Malaysia.
Latarbelakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan
melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan
lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di
Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan
di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai
lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan
mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk
maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
Latarbelakang RMHC
RMHC
Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan
berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong
program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak
kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk
menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah
Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan
Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak
dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan
kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang
dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang
terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari
rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/
SEMPORNA, 10 Disember 2019 – McDonald’s Malaysia mengukuhkan pelaksanaan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya melalui penganjuran Pr...