Kempen Zakat@FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor Bagi Melicinkan Urusan Pembayaran Zakat
Zakat adalah salah satu ibadah yang wajib dilaksanakan oleh semua umat islam. Dalam Rukun Islam, zakat berada di tangga keempat. Yang membawa maksud ibadah zakat adalah yang keempat penting selepas mengucap, solat lima waktu dan puasa di bulan Ramdhan bagi membentuk iman umat islam. Jika tidak dilaksanakan tanpa sebab-sebab tertentu, maka akan dimurkai oleh Allah SWT.
Pembayaran Zakat yang dikatakan straight forward seperti Zakat Fitrah boleh dikatakan hampir semua islam ada melaksanakannya. Tetapi jenis Zakat seperti Zakat harta yang memerlukan pengiraan tertentu, menyebabkan ada umat islam yang jadi terlupa dan terlepas pandang untuk menunaikan pembayaran zakat-zakat ini.
Sebab itulah Zakat Selangor ada melancarkan Zakat@FAMILY. Zakat@FAMILY adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih dibawah tanggungan atau di bawah jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di negeri Selangor.
Objektif Zakat@FAMILY
3.1 Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua
keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan
taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah
tanggungan dan jagaan mereka.
3.2 Menyebar luas dakwah zakat kepada umat
islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.
3.3 Memastikan setiap individu dalam
sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas
harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada
harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik
harta (akil baligh atau muallaf).
3.0 KAEDAH DAN TANGGUNGJAWAB
3.1 Ketua keluarga memastikan setiap
individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat
individu (i-Touch) untuk :
I. Diri Sendiri
II. Pasangan
III. Tanggungan
IV. Individu di bawah jagaan
3.2 Setelah membuat taksiran zakat untuk
diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan
mengisi borang “Zakat@FAMILY”.
3.3 Setelah mengetahui kelayakan kewajipan
zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu
memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan,
tanggungan atau individu di bawah jagaannya.
3.4 Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab
Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :
BIL
|
PEMILIK HARTA
|
TANGGUNGJAWAB PEMBAYARAN
ZAKAT
|
1
|
Individu mukallaf
|
Diri
sendiri
|
2
|
Pasangan (bekerja atau tidak bekerja)
|
Diri
sendiri
|
3
|
Anak atau individu yang belum mukallaf dan masih menjadi tanggungan
ketua keluarga
|
Ketua
keluarga (bapa, ibu atau wali)
|
4
|
Anak yatim
|
Ibu
/ bapa
|
5
|
Anak yatim piatu
|
Penjaga
/ Wali
|
6
|
Anak angkat / Anak tiri
|
Bapa
kandung/ ibu kandung / penjaga
|
7
|
Orang Kelainan Upaya (bukan mukallaf)
|
Bapa
kandung / ibu kandung / penjaga
|
8
|
Ibu bapa dan ahli keluarga yang sudah uzur, nyanyuk, gila dan tidak
lagi mampu menguruskan harta mereka sendiri
|
Anak/Penjaga
|
9
|
Anak tidak sah taraf
|
Ibu
kandung/ Penjaga
|
4.5 Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :
BIL
|
JENIS ZAKAT
|
KATEGORI HARTA
|
1
|
ZAKAT HARTA PENDAPATAN
Nota : Taksiran ini
merangkumi tolakan had kifayah yang layak dilakukan bagi setiap individu agar
tidak berlaku pertindanan dan mengetahui kelayakan membayar zakat.
|
i. Hasil penggajian & upah
ii. Hasil-hasil bebas & profesional
iii. Hasil al-mustaghallat
iv. Hasil pemberian & sumbangan
|
2
|
ZAKAT HARTA BERASASKAN
NISAB EMAS
Nota : Taksiran yang
dilaksanakan adalah bagi menentukan kelayakan kewajipan zakat bagi setiap
individu yang memiliki harta berasaskan nisab emas.
|
i.
Emas.
ii. Wang simpanan
iii. Saham dan pelaburan
|
Semoga dengan pelaksanaan kempen dan promosi yang dirancang dan dijalankan nanti akan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor.
Melalui pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. In shaa Allah.
baiklah zakat selangor
ReplyDeletejom singgah www.hellokerja.com
Bagus ada kempen ni untuk dijadikan sebagai peringatan dan kemudahan untuk menunaikan zakat. Terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete