21 November 2019

Kempen Zakat@FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor Bagi Melicinkan Urusan Pembayaran Zakat

Zakat adalah salah satu ibadah yang wajib dilaksanakan oleh semua umat islam. Dalam Rukun Islam, zakat berada di tangga keempat. Yang membawa maksud ibadah zakat adalah yang keempat penting selepas mengucap, solat lima waktu dan puasa di bulan Ramdhan bagi membentuk iman umat islam. Jika tidak dilaksanakan tanpa sebab-sebab tertentu, maka akan dimurkai oleh Allah SWT.

Pembayaran Zakat yang dikatakan straight forward seperti Zakat Fitrah boleh dikatakan  hampir semua islam ada melaksanakannya. Tetapi jenis Zakat seperti Zakat harta yang memerlukan pengiraan tertentu, menyebabkan ada umat islam yang jadi terlupa dan terlepas pandang untuk menunaikan pembayaran zakat-zakat ini.

 

Sebab itulah Zakat Selangor ada melancarkan Zakat@FAMILY. Zakat@FAMILY adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih dibawah tanggungan atau di bawah jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di negeri Selangor.



Objektif  Zakat@FAMILY

3.1          Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka.
3.2          Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.
3.3          Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau muallaf).



3.0          KAEDAH DAN TANGGUNGJAWAB

3.1          Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :
I.             Diri Sendiri
II.            Pasangan
III.           Tanggungan
IV.          Individu di bawah jagaan

3.2          Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.
3.3          Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.
3.4          Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :


BIL
PEMILIK HARTA
TANGGUNGJAWAB PEMBAYARAN ZAKAT
1
Individu mukallaf
Diri sendiri
2
Pasangan (bekerja atau tidak bekerja)
Diri sendiri
3
Anak atau individu yang belum mukallaf dan masih menjadi tanggungan ketua keluarga
Ketua keluarga (bapa, ibu atau wali)
4
Anak yatim
Ibu / bapa
5
Anak yatim piatu
Penjaga / Wali
6
Anak angkat / Anak tiri
Bapa kandung/ ibu kandung / penjaga
7
Orang Kelainan Upaya (bukan mukallaf)
Bapa kandung / ibu kandung / penjaga
8
Ibu bapa dan ahli keluarga yang sudah uzur, nyanyuk, gila dan tidak lagi mampu menguruskan harta mereka sendiri
Anak/Penjaga
9
Anak tidak sah taraf
Ibu kandung/ Penjaga





4.5 Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :


BIL
JENIS ZAKAT
KATEGORI HARTA
1


ZAKAT HARTA PENDAPATAN

Nota : Taksiran ini merangkumi tolakan had kifayah yang layak dilakukan bagi setiap individu agar tidak berlaku pertindanan dan mengetahui kelayakan membayar zakat.


i.   Hasil penggajian & upah
ii.  Hasil-hasil bebas & profesional
iii. Hasil al-mustaghallat
iv. Hasil pemberian & sumbangan
2



ZAKAT HARTA BERASASKAN
NISAB EMAS


Nota : Taksiran yang dilaksanakan adalah bagi menentukan kelayakan kewajipan zakat bagi setiap individu yang memiliki harta berasaskan nisab emas.


i.      Emas.
ii.  Wang simpanan
iii.  Saham dan pelaburan



Semoga dengan pelaksanaan kempen dan promosi yang dirancang dan dijalankan nanti akan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor.

Melalui pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. In shaa Allah.