Majlis Aqiqah Anak Buah, Filzah Eliya Di Rumah Parents, Petaling Jaya
Tahun lepas
buat Majlis Aqiqah di rumah mak abah untuk Dak Zafirah. Tahun ini untuk anak
Farid pulak iaitu untuk Dak Filzah Eliya.
Kalau ada nak
buat majlis-majlis macamni, rasa macam lebih suka dan selesa buat di rumah
parents. Sebabnya parents dah lama stay situ. Dah kenal orang masjid dan
orang-orang taman perumahan(aka jiran-jiran) dengan baik. Sangat rapat. Jadi
senang nak jemput untuk datang, buat bacaan doa dan sebagainya.
Satu lagi
parents dah kenal orang-orang taman iaitu di kalangan jiran-jirannya jugak yang
boleh masak sedap. Tahu siapa boleh masak lauk-lauk yang sedap. Kuih yang
sedap. Semuanyalah.
Menu untuk
majlis Aqiqah, upah kawan masjid parents yang masak iaitu Makchik Wan. Untuk lauk
dan nasi Makchik Wan masak gulai kambing, pecal dana yam goreng berempah.
Kerabu kacang botol pun ada. Kuih-muih pulak ada karipap dan Vaddey.
Makchik Wan memang terbaiklah masakannya. Tak pernah tak sedap. Last year masa Aqiqah Zafirah pun dia yang masakkan jugak.
Makchik Wan memang terbaiklah masakannya. Tak pernah tak sedap. Last year masa Aqiqah Zafirah pun dia yang masakkan jugak.
Menu lain
yang order dengan kawan-kawan parents ialah laksam dan kuih seri muka. Rasa
memang confirm sedaplah. Mak akan order bila dia confirm tau rasanya sedap. Selalunya
Mak mula-mula rasa makanan yang sedap ni bila makan di jamuan di surau/masjid.
Takpun di majlis-majlis rumah-rumah orang satu taman.
Bila mak rasa sedap dan kena dengan citarasa, terus tanya orang surau/tuan rumah siapa yang masak. Sebab mak akan nak order dari orang yang buat sedap ni kalau ada buat apa-apa majlis. Macam untuk majlis Aqiqah nielah.

Yang kami
prepare sendiri ialah mee kari, popia goreng, mini Nutella cheese tarts, egg
tarts, banana peach chocolate chip bread pudding. Yang siap import uwan untuk
prepare kuih kampong-kampung dari air tangan uwan sendiri ialah kuih koci dan
lepat.
Uwan kalau nak buat kuih-kuih, uwan akan pilih sendiri kelapa di kedai. Katanya hanya jenis kelapa yang tertentu yang dapat menjadikan rasa kuih sedap dan berlemak. Memang tak dapat dinafikanlah kenyataan tu. Lain dari lain rasa kuih uwan ni.

Banyak kan
makanan yang kitaorang serve. Kitaorang memang suka pun serve makanan banyak
jenis dan sedap-sedap untuk tetamu. Hampir
habislah semua makanan yang kitaorang serve ni. Tak ada berlebih sangat.
Selesai majlis, ada sambutan hari jadi untuk October babies iaitu Didi & Farid
Tahun
depan aka nada buat majlis sebegini di rumah parents lagi ke. Kalau ada, benda
samalah yang kami prepare. Bukanlah serve menu sebijik macam majlis aqiqah
Filzah ni. Konsepnya sama. Serve pelbagai jenis menu dan paling penting sedap.
Ada ke tak nak buat majlis pada tahu depan. Kita tungguuuu…
Comel betul bayi-bayi semua!
ReplyDeleteBest pergi majlis aqiqah sbb dpt mkn kambing hehe
ReplyDeleteammi pun prefer buat kenduri kat rumah parents
ReplyDeleteTook me time to read all the comments, but I really enjoyed the article. Get 1000s of Twitter hashtags using Keyword Tool for (FREE)! Grow your Twitter followers & find trending topics. #1 BEST alternative to Twitter search!
ReplyDelete