Legakan Dahaga Dikala Cuaca Panas Terik Di Klebang Original Coconut Shake, Melaka

Lepas dah pusing-pusing Bandar Di Hilir Melaka, tawaf semua muzium, panjat Menara Taming Sari(over! Panjat pulak), baru terasa dahaganya tekak. Cuaca pula boleh tahan panas time kitaorang jalan-jalan Melaka ni. Lagila terasa nak cari something yang boleh legakan dahaga.



Kalau dah nama berada di Melaka, kenalah try Klebang Coconut Shake. Tau tempat sangat ramai dengan manusia sebab tempat viral kan. Tapi rugi wooo tak singgah tempat-tempat famous ni. At least singgah satu tempat pun jadilah kalau dah tak larat dah hadap sesak-sesak.


Klebang Coconut Shake luas jugak tempatnya. Siap ada tempat parking dah. Time mula-mula jual dulu, jual kat tepi jalan jea. Sekarang dah ada macam restaurant yang besar.


Di sini bukan setakat ada jual Coconut Shake je. Ada jugak jual nasi lemak dan pelbagai jenis kuih-muih tempatan. Nak makan ringan-ringan sahaja, tempat ini memang sangat sesuai.


Rasanya memang rasa standard lah coconut shake ni. Sedap tapi tak ada yea extra dan special sangat. Maybe sebab dah lama perniagaan ni  then dah viral pulak tu, sebab tu sangat dibanjiri oleh pelanggan yang tak kira bangsa dan juga umur.


Jadi kalau nak merasai coconut shake yang kira pioneer lah di Melaka, then dah famous boleh pergi ke Klebang Coconut Shake. Kalau setakat just nak minum Coconut Shake sahaja, boleh cari di mana-mana gerai yang ada jual especially di Pantai Klebang.

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. Wah! insyaallah kalau datang melawat melaka nak datang singgah sini..

    ReplyDelete
  2. ramainya orang.. Sha selalu beli yang kat tepi jalan tu je.. tak pernah masuk kedai yang kat belah dalam nie..

    ReplyDelete