Ad hoc Vacation To Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highland: Part 2

Keesokkanya, plan nak pusing-pusing di Indoor Theme Park. Hotel ni ada sediakan shuttle bas kalau nak pergi sana. Lepas dah breakfast buffet, terus gerak ke shuttle bas. Nak bawak budak-budak pusing-pusing indoor games.





Indoor Theme Park sekarang dah tak sama macam dulu. Lagi banyak rides. Yang thrill rides pun ada. Nak main semua, kena bayar RM60/pax. Tapi masa sangat limited, tak dapat nak main semua rides. Bagitau budak-budak naik satu ride sahaja. Kalau naik secara individual, kena bayar RM15/pax.





Yang naik ride Ena, Alim, Imaan, Akeem dan Qisya. Ajak Dak Zafran join sekali, macam biasa tak mau. Takut katanya. Yang Tarik perhatian Zafran, screen besar yang ada di situ. Yang screen ni beria-ria dia tengok. Sebab ada tunjuk iklan kartun kan.


Dah naik ride, balik hotel semula dengan naik shuttle yang sama.


Lunch buffet di hotel..Semuannya menunya terbaik. Dessert pun sedap.





Ena dapat check out pukul 4pm. So, budak-budak pergi mandi satu round lagi swimming pool. Obses bebenar dengan swimming pool. Mak Pak keje nak berselimut jea sebab sejuk. Huhu.

Dah habis mandi, terus bersiap untuk check out. Best jugak hotel Grand Ion Delemen ni. Macam-macam facility ada. Menu semua buffet sedap. Kalau ada nak bercuti Genting, Hotel ini boleh masuk dalam list pilihan hotel untuk bercuti.

Back to First Part by click  Ad hoc Vacation To Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highland: Part 1

Share this:

CONVERSATION

4 comments:

  1. sekarang memang viral indoor theme park di genting highlands. ramai jugak kawan-kawan updated kat ig story pergi sana. saya pun teringin nak pergi sana jugak and try many rides.

    ReplyDelete
  2. best nya. semua gembira. alhamdulillah diberikan rezeki luangkan masa berkualiti dengan keluarga ^_^

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi betul-betul ke Genting ini sama ada stay hotel or main theme park dia.. setakat lalu pusing gitu je..

    ReplyDelete