Merdeka BBQ Geng Legend Di Rumah Ala Ala Oversea Shireen Dan Hairul

Bersempenakan sambutan merdeka yang ke 62 haritu, geng legend sepakat untuk berkumpul dan melakukan aktiviti BBQ di rumah Hairul dan Shireen. Ini adalah cara terbaik dari kami untuk menyambut hari merdeka dari menyaksikan perarakan merdeka di Putrajaya. 




Bukan taknak yea pergi turut serta perarakan merdeka di Putrajaya. Kami semuakan hampir semua ada anak kecil. Agak kurang sesuailah nak pergi perarakan merdeka yang di tempat terbuka dan juga crowded.





Pakaian kami pun sepakat bertemakan Malaysia. Hampir semua kaum hawa mengenakan tudung bermotifkan bendera Malaysia. Warna baju pula mengenakan warna biru dan merah sahaja. Bendera Malaysia pun ada.

 
Aktiviti makan-makan since seboleh-bolehnya taknak menyusahkan tuan rumah, setiap keluarga bawa 1 jenis makanan dan 1 jenis perapan untuk BBQ. Tuan rumah dah sediakan tempat berkumpul, peralatan BBQ, nasi. minuman dan banyak lagilah yang lain. 





So, yang heavy heavy untuk BBQ dan side dish  serah ke family yang lain. Saya bawa 1 ekor ayam yang siap perap dan dessert Chocolate chip banana peach bread pudding. First time buat pudding ni. Nasib baik jadi. Family lain yang bawa untuk BBQ ada bawa sate, 3kg ikan dan sama macam saya iaitu ayam. Hidangan sampingan ada karipap, roti hotdog, roti pizza, manga asam boi dan bihun goreng. Kenyang woo makan semua ni. Siap boleh bawak balik lagi.



Sambil makan-makan sambil membawang. Habis segala topik dikupas. Sambil membawang sambil makan ada juga diselangi dengan main mercun.


Sedar tak sedar sampai pukul 2 lah baru terasa nak bersurai. Ginilah geng legend. Bila dah berkumpul cepat jea rasa masa berlalu. Takpe nanti ada lagi next plan untuk berkumpul. Time tu sambung lagi membawang. Hehe.

Share this:

,

CONVERSATION

4 comments:

  1. meriah nye event, mesti seronok kan.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. aktiviti macam ni lagi meneyronokan. perarakan bole tengok terus dari tv. hehe

    ReplyDelete
  3. seronoknya berkumpul ramai2 buat BBQ.. nanti nak buat dengan family suami... hihihi

    ReplyDelete