Cara Buat Chocolate Chip Banana Peach Bread Pudding
Ada member
satu tempat kerja lama, jenis suka share aktiviti memasak dalam insta story.
Dia pulak memang suka memasak. Memang hari-hari akan ada update aktiviti
memasak pelbagai jenis recipe di instastory nya.
Ada satu
hari tu, dia post gambar Chocolate Chip Banana Peach Bread Pudding dengan
caption suka buat sebab recipe senang. Saya nampak jea perkataan senang, terus
DM member ni mintak recipe. Haa satu lagi dia ni. Kalau mintak recipe dari dia,
dia terus share.
Memang
senang pun nak buat Chocolate Chip Banana Peach Bread Pudding. Taka da melibatkan
aktiviti memukul yang lama & stuff. Cuma bahan-bahan agak fancy macam peach
tu. Bahan bukan yang biasa ada di dapur. Even pisang pun kena beli. Tapi tak
susah nak cari ni kedai.
Since
haritu ada potluck merdeka geng legend, saya apalagi terus try buat pudding ni.
Memang senang pun nak buat. First time buat terus jadi. Hampir habislah geng legend
makan pudding ni. So, tanpa membuang masa, saya share cara nak buat pudding dan
recipenya adalah di bawah.
- Potong roti 4. Habiskan sebuku roti
- Dlm tray layer pertama adalah roti. Layer kedua adalah buah peach+pisang. Tabor chocolate chip di atas layer peach+pisang
- Buat 3 layer. Jika bahan agak limited ataupun bekas kecil, boleh buat 2 layer macam saya buat baru ni. Cuma pastikan, banyak mana layer nak buat, pastikan layer paling atas adalah banana+peach yang ditabur chocolate chip di atasnya.
- Dalam bekas lain campur whipping cream 2 1/2 cawan ,3 biji telur ,cinnamon powder sikit,esen vanila garam secubit dgn gula. Jika cost limited whipping cream boleh diganti dengan susu segar.
- Nak lagi save cost, boleh guna susu cair. Sukatan masih sama. Bagi yang khuatir tidak suka dengan rasa cinnamon sebab rempah ratus kan, tak payah letak pun taka pa.
- Pastu kacau chill chill bagi rata.
- Tuang atas roti tadi perlahan-lahan.
- Tutup atas roti dengan aluminium foil. Tunggu 5 minit baru bakar.
- 30 minit bakar suhu 170°C. lepas tu buka aluminium foil bakar lagi 30 minit.
Tak susah
kan nak buat. Malam ada BBQ, petang tu saya buat pudding ni. Memang sempat
sebab tidak time consuming. Rasa pun dijamin sedap.
Buat Chocolate Chip Banana Peach Bread Pudding untuk merdeka BBQ geng legend
Ni my mak
request buat untuk aqiqah anak adik, Farid. Siap suruh buat dua adunan lagi.
Hopefully yang datang nanti and ada makan pudding ni , sukalah dengan rasanya.
InsyaAllah.
wow... sedapnya dhia... nak cuba la buat... thanks for sharing
ReplyDeleteperghhhhh dapnyaaa! nak nak nak! boleh tak nak join aqiqah Farid? hehehe.
ReplyDeleteYa Allah sedapnyaaaaaa. Nak try lah one day hehe thank you!
ReplyDeleteWah.. mengancam bread pudingnya.. hehehe
ReplyDelete