23 September 2019

Cara Buat Chocolate Chip Banana Peach Bread Pudding

Ada member satu tempat kerja lama, jenis suka share aktiviti memasak dalam insta story. Dia pulak memang suka memasak. Memang hari-hari akan ada update aktiviti memasak pelbagai jenis recipe di instastory nya.

Ada satu hari tu, dia post gambar Chocolate Chip Banana Peach Bread Pudding dengan caption suka buat sebab recipe senang. Saya nampak jea perkataan senang, terus DM member ni mintak recipe. Haa satu lagi dia ni. Kalau mintak recipe dari dia, dia terus share. 


Memang senang pun nak buat Chocolate Chip Banana Peach Bread Pudding. Taka da melibatkan aktiviti memukul yang lama & stuff. Cuma bahan-bahan agak fancy macam peach tu. Bahan bukan yang biasa ada di dapur. Even pisang pun kena beli. Tapi tak susah nak cari ni kedai.
Since haritu ada potluck merdeka geng legend, saya apalagi terus try buat pudding ni. Memang senang pun nak buat. First time buat terus jadi. Hampir habislah geng legend makan pudding ni. So, tanpa membuang masa, saya share cara nak buat pudding dan recipenya adalah di bawah.
    1. Potong  roti 4. Habiskan sebuku roti
    2. Dlm tray layer pertama adalah roti. Layer kedua adalah buah peach+pisang. Tabor chocolate chip di atas layer peach+pisang
    3. Buat 3 layer. Jika bahan agak limited ataupun bekas kecil, boleh buat 2 layer macam saya buat baru ni. Cuma pastikan, banyak mana layer nak buat, pastikan layer paling atas adalah banana+peach yang ditabur chocolate chip di atasnya.
    4. Dalam bekas lain campur whipping cream 2 1/2 cawan ,3 biji telur ,cinnamon powder sikit,esen vanila garam secubit dgn gula. Jika cost limited whipping cream boleh diganti dengan susu segar.
    5. Nak lagi save cost, boleh guna susu cair. Sukatan masih sama. Bagi yang khuatir tidak suka dengan rasa cinnamon sebab rempah ratus kan, tak payah letak pun taka pa. 
    6. Pastu kacau chill chill bagi rata. 
    7. Tuang atas roti tadi perlahan-lahan.
    8. Tutup atas roti dengan aluminium foil. Tunggu 5 minit baru bakar. 
    9. 30 minit bakar suhu 170°C. lepas tu buka aluminium foil bakar lagi 30 minit.

    Tak susah kan nak buat. Malam ada BBQ, petang tu saya buat pudding ni. Memang sempat sebab tidak time consuming. Rasa pun dijamin sedap.

     Buat Chocolate Chip Banana Peach Bread Pudding untuk merdeka BBQ geng legend


    Ni my mak request buat untuk aqiqah anak adik, Farid. Siap suruh buat dua adunan lagi. Hopefully yang datang nanti and ada makan pudding ni , sukalah dengan rasanya. InsyaAllah.

    11 September 2019

    Merdeka BBQ Geng Legend Di Rumah Ala Ala Oversea Shireen Dan Hairul

    Bersempenakan sambutan merdeka yang ke 62 haritu, geng legend sepakat untuk berkumpul dan melakukan aktiviti BBQ di rumah Hairul dan Shireen. Ini adalah cara terbaik dari kami untuk menyambut hari merdeka dari menyaksikan perarakan merdeka di Putrajaya. 




    Bukan taknak yea pergi turut serta perarakan merdeka di Putrajaya. Kami semuakan hampir semua ada anak kecil. Agak kurang sesuailah nak pergi perarakan merdeka yang di tempat terbuka dan juga crowded.





    Pakaian kami pun sepakat bertemakan Malaysia. Hampir semua kaum hawa mengenakan tudung bermotifkan bendera Malaysia. Warna baju pula mengenakan warna biru dan merah sahaja. Bendera Malaysia pun ada.

     
    Aktiviti makan-makan since seboleh-bolehnya taknak menyusahkan tuan rumah, setiap keluarga bawa 1 jenis makanan dan 1 jenis perapan untuk BBQ. Tuan rumah dah sediakan tempat berkumpul, peralatan BBQ, nasi. minuman dan banyak lagilah yang lain. 





    So, yang heavy heavy untuk BBQ dan side dish  serah ke family yang lain. Saya bawa 1 ekor ayam yang siap perap dan dessert Chocolate chip banana peach bread pudding. First time buat pudding ni. Nasib baik jadi. Family lain yang bawa untuk BBQ ada bawa sate, 3kg ikan dan sama macam saya iaitu ayam. Hidangan sampingan ada karipap, roti hotdog, roti pizza, manga asam boi dan bihun goreng. Kenyang woo makan semua ni. Siap boleh bawak balik lagi.



    Sambil makan-makan sambil membawang. Habis segala topik dikupas. Sambil membawang sambil makan ada juga diselangi dengan main mercun.


    Sedar tak sedar sampai pukul 2 lah baru terasa nak bersurai. Ginilah geng legend. Bila dah berkumpul cepat jea rasa masa berlalu. Takpe nanti ada lagi next plan untuk berkumpul. Time tu sambung lagi membawang. Hehe.

    3 September 2019

    Himalaya Bowel Wellness Dan Joint Wellness Atasi Masalah Sakit & Ketidakselesaan Badan

    Bila umur makin bertambah, dengan kerja pun tak kiralah office punya ke kat rumah pun bertambah-tambah, badan mulalah terasa kesannya. Rasa mula lenguh dan sengal-sengal badan. Pi berurut pun sebab masih kena buat kerja lagi kan, lepas tu datang baliklah sengal-sengal badan.



    Kenalah cari supplemen yang boleh legakan badan dari sengal-sengal badan ni. Bagi saya supplemen yang paling efektif adalah Himalaya Joint Wellness. 



    Lepas ambil 1-2 tablet dua kali sehari, terus saya dapat merasai keberkesanan Himalaya Joint Wellness. Tiada lagi rasa lenguh-lenguh badan.



    Himalaya joint wellness juga mempunyai kebaikkan lain iaitu

    • mengelakkan sendi mengalami kerosakan
    • mengurangkan kesakitan artritis dan meningkatkan fungsi sendi
    • menindas kesakitan sendi
    Satu lagi masalah yang sedang hadapi sekarang, masalah percernaan. Dengan kata lain sembelitlah. Ada je cara home remedy untuk mengatasi masalah sembelit iaitu memperbanyakkan minum air kosong dan makan makanan yang berserat. Tapi nak kena ambil dalam kuantiti yang banyak. Bila termiss nak buat atau ambil dalam kuantiti yang tidak mencukupi, mulalah sembelit datang balik.

    Tapi dengan pengambilan hanya 1-2 tablet dua kali sehari Himalaya Bowel Wellness, terus saya dapat atasi masalah sembelit saya. Perut pun rasa lega jea



    Kebaikkan Himalaya bowel wellness yang lain adalah:

    •  melegakan perasaan sembelit
    • membantu aliran usus normal
    • menyokong detoksifikasi yang normal daripada usus


    Nak dapatkan Himalaya Bowel Wellness Dan Joint Wellness senang sahaja. Cari sahaja di mana-mana drugstore seperti Watson. Nak tahu maklumat lanjut mengenai Himalaya Bowel Wellness Dan Joint Wellness, boleh layari di

    Instagram: @himalayamalaysia