Dak Zafran’s Hajj Simulation At Masjid Puncak Alam

Dak Zafran dah buat haji lah.. Ni bukan takat dapat beat mak paknya. Tokli and Grandma pun kalah. Belum lagi dapat buat haji macam Dak Zafran.




Haha. Overlak aiii. Mak nya kan. Dak Zafran nya join simulasi Haji yang dianjurkan oleh Preschool nya iaitu Bright Atfal. Lokasinya di Masjid Shah Alam. 


Hebat pra school sekarang ni. Siap ada simulasi haji tu. Kalau dah nama simulasi, memang macam dah menunaikan haji betul-betul. Dengan mengenakan pakaian ihram. Replika kaabah pun ada. Semua rukun-rukun syarat-syarat haji ada buatlah.


Kalau tengok dalam gambar Zafran yang ada dikongsi di FB Bright atfal, Dak Zafran behave jea. Tak adalah nak buat lain dari yang lain. Rasanya dia ikut jea cakap teacher nya. 


Kadang-kadang kita yang risau lebih. Takut terkencing ke time aktiviti ni. Lepas tu dahlah dalam masjid nya. Tapi Bright Atfal confident jea anjurkan aktiviti macamni. Tak ada pun request lebih-lebih dari parents.


Alhamdulillah, Dak Zafran dah mula memahami ibadah haji pada usia yang baru lima tahun. Saya tak berpeluang pun merasai pengalaman macamni. Pak nya apatah lagi. Mana pernah masuk preschool. Ahaks.

Rezeki Dak Zafran dan jugak adik-adiknya. Doa-doakan mama papa supaya sentiasa dimurahkan rezeki agar Zafran berpeluang menambah ilmu dan juga mempunyai pengalaman yang sangat berharga. Macam simulasi haji ni.

Share this:

CONVERSATION

4 comments:

  1. Sejuk mata memandang anak2 ini

    ReplyDelete
  2. Wah simulasi Haji.. bestnya ada feel tawaf semua tu. Zaman dulu tak banyak aktiviti gini

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. pendedahan yang bagus buat anak-anak nie..

    ReplyDelete
  4. anak buah saya pun ada macam ni. comel je tengok budak budak pakai ihram macam tu hehehe. Alhamdulillah

    ReplyDelete