27 August 2019

Attended Agilent Seminar At Sheraton Hotel, Petaling Jaya With Ex-ALH Colleague.

Tiap kali dapat seminar invitation dari Agilent, tak pernah tolak untuk attend. Lagi-lagi Agilent suka buat seminar di hotel 4 star. Yang terbaru ni buat di Sheraton Hotel, Petaling Jaya. Memang saya terus reply setuju untuk hadir.



Seminar kali ini, profile kerja saya dah bertukar. Bukan lagi dari ALH. Tapi dari TG.
Saya ajak sekali Lina untuk join. Bolehlah nak reunion dengan Lina. Lina pun dah tak kerja di ALH. Dah kerja di tempat lain.




Tak salah pun ajak Lina join sama. Lina pun dari lab background. Memang digalakkan yang lab background untuk attend seminar anjuran Agilent ni.

Bila dah seminar di Hotel 4 Star, makanan yang disediakan untuk peserta pun 4 star lah. Time lunch, makan buffet di café hotel ni. Pelbagai jenis makanan ada. Yang paling tak tahan, macam-macam jenis dessert ada. Musnah dietku..kuikuikui.




Agilent ni rasanya setiap tahun profitnya makan bertambah. Tak pernah lagi downgrade lokasi anjurannya. Ada buat lagi, send lah invitation pada kami lagi. Confirm kami tak tolak. Ahaks.


17 August 2019

Dak Zafran’s Hajj Simulation At Masjid Puncak Alam

Dak Zafran dah buat haji lah.. Ni bukan takat dapat beat mak paknya. Tokli and Grandma pun kalah. Belum lagi dapat buat haji macam Dak Zafran.




Haha. Overlak aiii. Mak nya kan. Dak Zafran nya join simulasi Haji yang dianjurkan oleh Preschool nya iaitu Bright Atfal. Lokasinya di Masjid Shah Alam. 


Hebat pra school sekarang ni. Siap ada simulasi haji tu. Kalau dah nama simulasi, memang macam dah menunaikan haji betul-betul. Dengan mengenakan pakaian ihram. Replika kaabah pun ada. Semua rukun-rukun syarat-syarat haji ada buatlah.


Kalau tengok dalam gambar Zafran yang ada dikongsi di FB Bright atfal, Dak Zafran behave jea. Tak adalah nak buat lain dari yang lain. Rasanya dia ikut jea cakap teacher nya. 


Kadang-kadang kita yang risau lebih. Takut terkencing ke time aktiviti ni. Lepas tu dahlah dalam masjid nya. Tapi Bright Atfal confident jea anjurkan aktiviti macamni. Tak ada pun request lebih-lebih dari parents.


Alhamdulillah, Dak Zafran dah mula memahami ibadah haji pada usia yang baru lima tahun. Saya tak berpeluang pun merasai pengalaman macamni. Pak nya apatah lagi. Mana pernah masuk preschool. Ahaks.

Rezeki Dak Zafran dan jugak adik-adiknya. Doa-doakan mama papa supaya sentiasa dimurahkan rezeki agar Zafran berpeluang menambah ilmu dan juga mempunyai pengalaman yang sangat berharga. Macam simulasi haji ni.