Baraan Geng Legend 2019 Ke Lapan Buah Rumah Sehingga Tengah Malam!

Pecah rekod baraan tahun ni. Baraan habis pada pukul 12 malam tu. Tak pernah-pernah lagi balik dari rumah last pada tengah malam. Ni mesti membawang lama kat setiap rumah beraya.kuikuikui.

Rumah Saharil & Siti



Yeala, of course lah ada membawang sedikit-sedikit. Nama pun berkumpul. Nak jumpa ramai-ramai bukannya senang. Mestilah macam-macam cerita habis dikupas dikopek. Tapi membawang  benda-benda negative tak terlibat yea.

Rumah Faid & Liza




Baraan dimulakan dengan pergi ke rumah area Kuala Selangor iaitu rumah Roma, Saharil, Faid, Malik dan Shafie. Lepas tu ke area Saujana Utama 2 iaitu rumah kami dan Ifzuan. Dah dekat maghrib ke rumah Faridz di Gombak. 

 Rumah Shafie



 Rumah Malik



Penutup baraan di rumah Shireen & Hairul. Since penutup di rumah depa, siap ada kenduri durian tu.  Sampai lebam makan durian yang dibeli oleh Shireen dan Hairul.

Tepat pukul 12malam, main mercun 129 shots. 129 shot kau.. Dah macam nak sambut merdeka pun ada. Hehe. Sebelum 129 shot, ada jugak main mercun-mercun yang ke’power’an nya bawah sedikit dari 129 shots ni. Yang budak-budak pulak main bunga api.

Rumah Ifzuan & Watie di SU3

Rumah kami di SU2

Habis main 129 shots, barulah baraan bersurai. Betul-betul sebelum Saharil beri ucapan penutup dan mengusulkan cadangan untuk next gathering.

Kenduri durian di rumah Shireen & Hairul
 


Dengar macam penat kan sebab habis pukul 12 malam. Tapi serius taka da rasa penat langsung. Lagi rasa happy adalah. Looking forward untuk next gathering pulak, gaisss.

Share this:

CONVERSATION

4 comments:

  1. Dah lama tak dengar dan nampak orang sebut baraan ;) dedulu masa kecik2 rajin dengar, duk kat kampung kluang johor

    ReplyDelete
  2. Hebat! Moga ukhuwah bertambah kukuh hendaknya :)

    ReplyDelete
  3. Seronok beraya macam nie.. Ini barulah raya..

    ReplyDelete