21 July 2019

Awesome Staycation At Best Western I-City, Shah Alam With QR Code Experience



Tiba-tiba terasa nak bermalam di hotel tetapi pada yang sama taknak travel jauh dari rumah. Bak kata orang putih omputih, staycation. Yeala time tengah-tengah bulan, haruslah berbelanja berpada-pada. Tak boleh travel jauh-jauh. Yang kena allocate lain untuk transportation pulak. Kalau tidak, mau anak –beranak makan meggi jea hinggalah pada hari masuk gaji.




Ceh ada hati yea nak staycation bagai walaupun gaji tak masuk lagi. Eh, tak perlu tunggu gaji masuk   pun kalau setakat nak staycation. Banyak pilihan hotel dekat-dekat yang menawarkan harga bilik mampu milik. Paling penting, mampu memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada pengunjung. Kalau saya, hotel yang ada dua-dua kriteria ini tidak lain tidak bukan adalah Best Western I-City.






Rate Best Western I-City hotel sangat berpatutan. Ada tiga jenis bilik yang ada di BWIcity iaitu Superior room, deluxe room dan Suite. Macam saya saya pilih superior room sebab kena dengan budget saya. Satu lagi bilik ini muat untuk keluarga saya yang ada dua dewasa dan dua-dua kanak-kanak. Kalau ada budget lebih, dicadangkan pilih bilik I-suite sebab lebih luas dan ada kitchen.

 Suite room


Deluxe Room

Superior room

Part yang paling best staycation di Best Western I-City ni, nak order menu di view café dan juga room service boleh melalui QR Code. Kalau room service, scan sahaja QR Code yang bertampal di meja solek. Terus akan ke laman menu The View Cafe. Betul-betul dah check out, akan dapat panggilan dari view café untuk confirm kan order kita tue.


QR Code yang disediakan di dressing table

Terlampau customer friendly, ambik kau macam-macam saya order

Rasa pun sedap sangat weyhh..


Nak menikamati makanan dalam suasana romantik sambil lihat permandangn i-city dari dalam bilik, atas katil, pun boleh.

Kalau di view café pulak, QR Code ada di setiap meja. Caranya sama sahaja macam order room service. Sangat-sangat smart order kan. Hehe.


Di View Cafe pun boleh order melalui QR Code. Tak perlu panggil waiter dah untuk beri menu dan ambil order.


 Saya dan Kimchi puas hati sangat dengan yang kami order ni.



Cerita tentang bab menu, Best Western I-City ada memperkenalkan Go Beyond Signature dish yang mengetengahkan rasa tempatan dan juga barat. Rasa tak boleh nak kata apalah. Dah hampir sama macam World class michelin star food.


Stuffed Tempoyak Eggplant

Sambal Roulade

Tuna Miso

Satay Burger

Cincalok Beef

Malaysian Spaghetti Classic

Salmon Noodles

Coffee Lamb
Malam-malam pula, rasa nak jalan-jalan boleh pergi taman tema dan lihat lampu-lampu warna-warni di I-City. Macam-macam permainan ada di taman tema yang boleh dimain. Selain itu ada juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di situ seperti Trick Art Museum, Madamme Tussaud, Snow Walk dan banyak lagi.



Sekarang Best Western sedang buat promosi kaw-kaw. Book deluxe room untuk dua malam boleh dapat tiga malam tau. Siap dapat free breakfast lagi.



Memang berbaloilah dan sangat menyeronokkanlah staycation di Best Western I-City nie. Lagi bertambah best, nak order makan boleh melalui QR Code sahaja. Sangat mesra pelanggan kan. Jadi dah baca pengalaman saya ni, rasai sendirilah pengalaman bercuti di Best Western I-City. Saya berani jamin, akan jadi percutian yang manis dan tidak akan dilupakan seperti saya juga.

Nak tahu lebih mengenai Best Western I-City, boleh layari di


Instagram : BwICity

Best Western i-City Shah Alam 
Address: A-GF-01, No. 6 Persiaran Multimedia, Section 7, Shah Alam, 40000, Malaysia 
Phone:+603 5521 9000 | Fax:+603 5521 2028
Email: enquiry@bestwestern-icity.myenquiry@bestwestern-icity.my

10 July 2019

TG R&D Centre Hari Raya Open House At TG Tower

Jamuan raya TG R&D Centre tahun ini adalah jamuan raya TG yang pertama yang saya join. Tak pernah lagi join jamuan raya yang hampir big scale macamni. Selalunya small scale jea.
Agak meriah sambutan dari kalangan staff untuk jamuan ini. Hampir 50% staff tukar baju raya especially male staffs. Boleh tahan gak depa ni melaram.



Menu yang dijamukan untuk staff boleh tahan jugak banyak pilihannya. Ada nasi beriani, nasi putih, udang masak butter, ayam masak merah, dalca, acar, papedom, buah-buahan, rending ayam, ketupat palas, the Tarik. 



Western pun ada iaitu spagethi oglio seafood uolss. Satay ayam dan daging pun tak ketinggalan..Lepas tu variety of kuih-muih macam brownies, acar lauk, koci dan cream puff. Walaupun ada limit amount nak ambil setiap makanan, tapi still kenyang kot lepas dah makan semua. Sebab ambik semua jenis kan. Just limitkan amount jea. Macam setiap dessert ambil 1pcs each. Kalau sate 5 cucuk/seorang.


Bagus jugaklah PIC  set kan rules macamni. Dapatkan elakkan pembaziran. Even kebanyakkan tempat buffet ramdhan pun ada buat reminder lebih kurang macamni. Alah yang mengatakan setiap makanan yang tak habis akan dikenakan cas tu.



Time tengah makan, MC announce pemenang cabutan bertuah dan best dress untuk seorang perempuan dan lelaki. Saya ada menang lucky draw. Ada menang pulak kali ni. Dapatlah voucher KFC.




Dah selesai majlis, bergambar-gambar dengan former team. Ikut pemerhatian saya, male staff yang lagi ramai bergambar. Ber OTTD bagai. Kalah female staff. Ahaks. 



Habis bergambar, kena sambung kerja balik. Sedap jugak semua juadah raya jamuan ni. Paling penting agak happening.

9 July 2019

Baraan Geng Legend 2019 Ke Lapan Buah Rumah Sehingga Tengah Malam!

Pecah rekod baraan tahun ni. Baraan habis pada pukul 12 malam tu. Tak pernah-pernah lagi balik dari rumah last pada tengah malam. Ni mesti membawang lama kat setiap rumah beraya.kuikuikui.

Rumah Saharil & Siti



Yeala, of course lah ada membawang sedikit-sedikit. Nama pun berkumpul. Nak jumpa ramai-ramai bukannya senang. Mestilah macam-macam cerita habis dikupas dikopek. Tapi membawang  benda-benda negative tak terlibat yea.

Rumah Faid & Liza




Baraan dimulakan dengan pergi ke rumah area Kuala Selangor iaitu rumah Roma, Saharil, Faid, Malik dan Shafie. Lepas tu ke area Saujana Utama 2 iaitu rumah kami dan Ifzuan. Dah dekat maghrib ke rumah Faridz di Gombak. 

 Rumah Shafie



 Rumah Malik



Penutup baraan di rumah Shireen & Hairul. Since penutup di rumah depa, siap ada kenduri durian tu.  Sampai lebam makan durian yang dibeli oleh Shireen dan Hairul.

Tepat pukul 12malam, main mercun 129 shots. 129 shot kau.. Dah macam nak sambut merdeka pun ada. Hehe. Sebelum 129 shot, ada jugak main mercun-mercun yang ke’power’an nya bawah sedikit dari 129 shots ni. Yang budak-budak pulak main bunga api.

Rumah Ifzuan & Watie di SU3

Rumah kami di SU2

Habis main 129 shots, barulah baraan bersurai. Betul-betul sebelum Saharil beri ucapan penutup dan mengusulkan cadangan untuk next gathering.

Kenduri durian di rumah Shireen & Hairul
 


Dengar macam penat kan sebab habis pukul 12 malam. Tapi serius taka da rasa penat langsung. Lagi rasa happy adalah. Looking forward untuk next gathering pulak, gaisss.