Raya 2019 Photoshoot At One Of Historical Building In Taiping

Selamat Hari Raya kepada semua umat islam. Walaupun hari ini adalah hari ketujuh Syawal, tapi tak adalah terlewat lagi nak wish raya kan. Masih dalam bulan raya lagi. Mood raya apatah lagi. #moodkerjamasihlemau




Tahun ini raya di Taiping. Giliran beraya di kampung husband. Stail kami balik raya di satu kampung sahaja dan giliran bertukar setiap tahun. Buat cara macamni lebih menjimatkan masa dan kos. Raya dapat dihayati dan disambut dengan lebih baik. Ini cara kami berdua.


Actually kalau awal raya tak disambut di kampung satu lagi, bukanlah kami langsung tak akan beraya di kampong yang tak balik ni. Kami akan balik jugak dalam bulan Syawal. Contoh kalau awal raya disambut di belah saya, dalam hujung minggu kedua or ketiga bulan syawal akan balik belah Kimchi pulak. Just time balik dah tak ada keluarga adik-beradik Kimchi berkumpul lah. Tapi tak apa, paling penting melawat mak abah Kimchi.





Berbalik pasal raya 2019 iaitu di rumah parents Kimchi, plan nak photoshoot raya di bangunan lama yang ada di bandar Taiping. Taiping kan bandar bersejarah. Sangat banyak bangunan bersejarah yang cantik untuk dijadikan lokasi untuk photoshoot.


Photograhper pun dah book. Tapi itulah. Kita mampu merancang tapi Allah SWT yang menentukan segala-galangya. Photographer last minute tak free. So photoshoot sendiri sahajalah.Mula-mula bergambar di hadapan rumah parents Kimchi. Lepas tu baru pergi ke bangunan mahkamah lama. 




Mahkamah lama ni sangat authentic dan cantik dijadikan tempat bergambar. Tapi terlampau banyak sangat kesan peninggalan vandalism. Boleh nampaklah banyak contengan pada dinding bangunan bersejarah ni. 


Owh yea, warna tema baju raya kami adalah brown. Jadi naikkan lah dalam gambar bila baju warna brown dan background pula iaitu bangunan lama ni mostly warna putih.


Time bergambar ada orang yang boleh tolong ambilkan gambar kami sekeluarga. Thankslah brader kerana sudi ambik gambar kami supaya semuanya ada dalam gambar raya tahun ini.



Nak bergambar lagi di port lain tapi terpaksa batalkan niat tersebut. Macam biasa budak-budak tak boleh beri kerjasama. Dah start meragam. Cuaca pun dah start panas. Jadi, hanya mahkamah lama sahajalah tempat bergambar untuk raya tahun ini.


Kepada semua yang mengenali saya, saya nak minta maaf zahir dan batin. Harap maafkan saya jika ada salah dan silap.

Share this:

CONVERSATION

6 comments:

  1. Cantik sangat..menjadi kenangan indah ni..selamat hari raya.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. Lain daripada yg lain! salam aidilfitri utk radhia sekeluarga

    ReplyDelete
  4. Cantik dan unik.. salam Aidilfitri Radhia..

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Penselduabee

    ReplyDelete