Naik Kuala Lumpur Hop-On Hop-Off Bersama-sama Keluarga Mertua
Hop On Hop
Off (HOHO) yang Penang dah naik, yang HOHO Kuala Lumpur pun dah naik jugak.
Checked untuk kedua-dua HOHO.
Kalau dah
nama Kuala Lumpur, HOHO Kuala Lumpur just ada satu pilihan sahajalah iaitu
pusing-pusing bandar. Berbeza dengan Penang ada tiga pilihan iaitu nak
pusing-pusing bandar atau pantai ataupun nak cover kedua-dua pun boleh. Tapi
sebab Penang tu start naik HOHO lambat, pilih untuk pusing-pusing town
sahajalah.
Naik HOHO
Kuala Lumpur lagi havouc sebabnya keluarga mertua iaitu Enal sekeluarga dan mak
mertua ada join. Even yang dari Taiping pun ada join jugak iaitu Ale
sekeluarga.
HOHO Kuala
Lumpur bawa pergi ke tempat-tempat menarik yang ada Kuala Lumpur. Antaranya
ialah Malaysia Tourism Information Centre (MATIC), KL Tower, Jalan P. Ramlee, KLCC, Karyaneka, Bintang Walk, Tengkat Tong Shin, Chinatown, Central Market, Little
India, KL Sentral, National Museum, National Palace, Lake Gardens, KL Bird Park,
Masjid Negara (National Mosque), Dataran Merdeka, Medan MARA, Jalan Raja Laut, Bulatan
Pahang, Lake Titiwangsa dan CitiBank.
Terpaksa tahan shawl. Kalau tak terbang-terbang kena tiup dek angin
Setiap
tempat-tempat yang popular macam menara KL, Istana Negara dan etc, HOHO akan
berhenti lama sedikit supaya penumpang boleh turun dan bergambar. Port yang
kami turun just Menara Kuala Lumpur sahaja. Yang lain tak turun sebab dah
kepenatan terutamanya budak-budak.
Haa..cerita pasal budak-budak Mula-mula depa tahu nak naik HOHO, excitedlah depa sebab naik bas kan. Budak-budak naik bas pun seronok. Terutamanya Zafranlah. Lagi-lagi naik tingkat atas, pergi ke bahagian tak berbumbung. Bertambahlah excited. Seronok betul jadi budak-budak ni. Hehe.
Habis pusing, turun di KLCC. Tempat sama naik mula-mula. Kedua-dua HOHO iaitu yang Penang dan Kuala Lumpur, sangat berbaloi untuk naik. Servis pun terbaik. Paling penting, dapat having fun.
.
Tak pernah naik lagi bas Hop on Hop Off ini.. seronok juga dapat pusing KL dengan bas..
ReplyDeletewahhh bestnyaaa! kena bayar berapa kak? atau free je? hehehe
ReplyDeletewahh! bestnya, kita memang teringin nak naik bas tu, perkongsian menarik
ReplyDeletetak pernah naik! macam teringin jugak merasa..hehe
ReplyDelete