Buka Puasa Di Flemington Hotel, Taiping Selepas Satu Hari Spring Cleaning

Sebelum raya haritu, saya dan keluarga mertua buat spring cleaning besar-besaran rumah mertua. Untuk nak sambut raya satu. Satu lagi pada raya kedua, ada majlis pertunangan adik ipar. Since ada dua occasion yang besar punya pada dua hari berturut-turut, kenalah beramai-ramai kerah tenaga untuk kemaskan rumah mertua.


Actually, my SIl ada upah orang untuk buat spring cleaning. My SIL nak bayar RM100 just untuk bersihkan dua area iaitu ruang tamu dan bilik tidur mimi. Agak banyakkan my SIL nak bayar. Tapi bila dah sampai harinya, patut kata nak datang pukul 10am, dia whatapps terpaksa pukul 12. Tunggu sampai pukul 1 at the end orang upah tu off hp nya selepas my SIL call banyak kali.





Jadi kami-kami ajealah yang terlibat dengan aktiviti spring cleaning. Selepas spring cleaning, my SIL belanja buka puasa di Flemington Hotel, Taiping. Dah penat-penat spring cleaning denga tengah puasa lagi, tak lalu dah nak memasak untuk berbuka.



Rate berbuka di Di Flemington Hotel, satu pax RM30 sahaja. Kids free. Food choices, banyak juga pilihannya. Ada kambing bakar, lauk-pauk, pencuci mulut yang mostly tempatan, ABC, nasi kambing, cucur udang dimakan dengan kuah kacang, variety of bubur dan mee sup.









Rasa semua makanan not bad. Kuah sup mee sangat strong dengan spices. Tapi Dak Zafran boleh makan dengan jayanya. Selalu dia tak akan makan kalau rasa lain dari lain ni. Mee sup ni dia makan banyak pulak.


Untuk bubur kacang, yang ni ada kurang sedikit..Kurang banyaklah. Sebab dah macam tak ok. Kambing bakar pun ok. Teksturnya lembut. Sos black pepper tak pedas. Just nice.


Selepas tenaga dan dikembalikan selepas hilang semasa aktiviti spring cleaning, pergi shopping di Taiping Central. Selepas tu barulah balik rumah.



Buat spring cleaning semasa puasa, tak adalah selepas tu jadi terlalu penat sangat atau pancit. Rasa lapar dan dahaga sangat pun tak ada. Sebab buat ramai-ramai dan sesama keluarga kan. Macam buat sambil seronok-seronok pun ada. Paling penting dapat have fun sesama keluarga.

Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. Terbayar penat lelah spring cleaning dapat makan rileks kat luar 😍

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kambing bakar tu..

    ReplyDelete
  3. Bila gotong royong memang tak terasa sangat.. sebab seronokkan berkerjasama..

    ReplyDelete