27 June 2019

More Than 55% Off For Takeaway/Dine-In Domino's Regular Pizza. Promo Available From 26/6/19 Until 30/6/19

More Than 55% Off For Takeaway/Dine-In Domino's Regular Pizza. Promo Available From 18/8/17 Until 20/8/17

Buat penggemar Domino's Pizza, inilah masanya utk menikmati pizza kegemaran dengan diskaun lebih daripada 55% untuk set regular pizza(take away/dine-in).. Terhad sehingga 30/6/19 sahaja.

Cara untuk mengunakan promo ini, hanya perlu menunjukkan printscreen SMS daripada Domino's seperti di bawah, di kaunter dan sebut promo code SMT8 apabila diminta code.



Jadi apalagi, cepat-cepatlah pergi ke Domino's Pizza yang berdekatan supaya tidak terlepas peluang menikamati regular pizza promosi ini.

24 June 2019

Beraya di Rumah Makchik Di Saujana Putra, Bangi

Last week Keluarga Zainun beraya rumah mak di PJ, weekend baru ni terjah rumah makchik pulak. Beraya kali ni betul-betul nak join sebab dah lama tak pergi rumah makchik. Setiap kali makchik buat makan-makan di rumahnya, ada jea clash dengan something.



Dah sampai rumah makchik, tanpa membuang masa terus makan. Menu raya yang disediakan oleh makchik dan keluarga ialah nasi ayam, sate, mee kari, cheese tart dan fruit tart.


Kami adalah first keluarga Zainun yang sampai. Time makan, barulah keluarga paktam, makndak, paklong sampai. 


 Kid's room pun ada tau kat rumah makchik.
Dah masuk zohor, solat dahulu. Dah solat terus bersiap untuk balik. Tak dapat nak stay lama-lama sebab Kimchi ada kerja. Yea cuti pun ada kerja. Mak abah dan didi pulak nak pergi Perlis sebab nak jemput Mus. Angkut barang-barang dia sekali sebab dah habis degree. Betul-betul dah nak gerak balik, keluarga maksu pun sampai. Jumpalah maksu sekejap time nak balik.


To Makchik sekeluarga, thanks for the all the delicious raya meals. Rumah Makchik pula sangat luas dan cantik sangat.

22 June 2019

Naik Kuala Lumpur Hop-On Hop-Off Bersama-sama Keluarga Mertua

Hop On Hop Off (HOHO) yang Penang dah naik, yang HOHO Kuala Lumpur pun dah naik jugak. Checked untuk kedua-dua HOHO.


Kalau dah nama Kuala Lumpur, HOHO Kuala Lumpur just ada satu pilihan sahajalah iaitu pusing-pusing bandar. Berbeza dengan Penang ada tiga pilihan iaitu nak pusing-pusing bandar atau pantai ataupun nak cover kedua-dua pun boleh. Tapi sebab Penang tu start naik HOHO lambat, pilih untuk pusing-pusing town sahajalah.




 Naik HOHO Kuala Lumpur lagi havouc sebabnya keluarga mertua iaitu Enal sekeluarga dan mak mertua ada join. Even yang dari Taiping pun ada join jugak iaitu Ale sekeluarga.




HOHO Kuala Lumpur bawa pergi ke tempat-tempat menarik yang ada Kuala Lumpur. Antaranya ialah Malaysia Tourism Information Centre (MATIC), KL Tower, Jalan P. Ramlee, KLCC, Karyaneka, Bintang Walk, Tengkat Tong Shin, Chinatown, Central Market, Little India, KL Sentral, National Museum, National Palace, Lake Gardens, KL Bird Park, Masjid Negara (National Mosque), Dataran Merdeka, Medan MARA, Jalan Raja Laut, Bulatan Pahang, Lake Titiwangsa dan CitiBank.


Terpaksa tahan shawl. Kalau tak terbang-terbang kena tiup dek angin

Setiap tempat-tempat yang popular macam menara KL, Istana Negara dan etc, HOHO akan berhenti lama sedikit supaya penumpang boleh turun dan bergambar. Port yang kami turun just Menara Kuala Lumpur sahaja. Yang lain tak turun sebab dah kepenatan terutamanya budak-budak.



Haa..cerita pasal budak-budak Mula-mula depa tahu nak naik HOHO, excitedlah depa sebab naik bas kan. Budak-budak naik bas pun seronok. Terutamanya Zafranlah. Lagi-lagi naik tingkat atas, pergi ke bahagian tak berbumbung. Bertambahlah excited. Seronok betul jadi budak-budak ni. Hehe.




Habis pusing, turun di KLCC. Tempat sama naik mula-mula. Kedua-dua HOHO iaitu yang Penang dan Kuala Lumpur, sangat berbaloi untuk naik. Servis pun terbaik. Paling penting, dapat having fun.

.

20 June 2019

Surya S Great Grain │Lima Makanan Sunnah Dalam Satu Pek

Pengambilan Makanan Sunnah Rasulullah SAW sememangnya tidak dinafikan sangat memberi manfaat kepada tubuh badan. Antara makanan Sunnah nabi adalah seperti Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan Madu.

Adalah lebih bagus jika mengambil makanan Sunnah nabi yang pelbagai jenis kerana  setiap makanan mengandungi khasiat tersendiri

Tapi kadang-kadang disebabkan kekangan masa dan juga lain-lain factor, kita tak sempat untk mendapatkan banyak jenis makanan Sunnah.

Jangan risau dengan masalah ini. Kerana Surya ada mengeluarkan minuman kesihatan yang mengandungi lima jenis makanan Sunnah. Produk ini adalah Surya S Great Grain. Hanya dalam satu pak, terkandung kesemua khasiat makanan Sunnah ini.

 
Makanan Sunnah yang terkandung dalam Surya S Great Grain adalah Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan Madu.
Kesemua makanan Sunnah mempunyai kebaikkan dan khasiat tersendiri. 

Habbatus Sauda
Mengandungi pelbagai nutrisi seperti vitamin B, E, Zat Besi, kalsium, zink, magnesium dan juga kaya dengan antioksidan. 



Dengan vitamin dan mineral yang berlainan, kebaikkan Habbatus Sauda termasuk sifat anti penuaan, mengelakkan sembelit dan masalah penghadaman, menstabilkan tekanan darah, elakkan risiko kanser, menguatkan system imun dan juga sifat penggalak susu semulajadi untuk ibu yang menyusu.

Zaitun
Kaya Dengan Antioksidan Mampu Mengurangkan Risiko Diserang Penyakit-Penyakit Kronik, menyelesaikan masalah cacing dan parasit dalam perut,  mampu membantu mendapatkan berat badan yang diidamkan dan pembantu mengatasi masalah sembelit



Delima
Mempunyai vitamin C, B dan K, magnesium, kalsium, zink, zat besi dan fosforus dan juga serat. 

 
Buah Tin 
Sumber antioksidan vitamin A dan K yang baik untuk kesihatan. Selain antioksidan, buah tin juga mengandungi protein, vitamin B, C dan D, zat besi, kalsium, kalium, fosfur dan mineral lainnya.



Madu
Mengandungi semua zat yang diperlukan oleh badan kita untk hidup seperti enzim, pelbagai vitamin, dan mineral dan air dan juga pinocembrin iaitu antioksidan yang boleh meningkatkan fungsi otak.




Selain 5 makanan Sunnah, Surya S Great Grain juga mengandungi 18 Bijirin iaitu beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitan, benih chia, beras pulut.

Surya S Great Grain juga dipak dalam bentuk sachet. Jadi senanglah dibawa ke mana-mana terutamanya ketika travel.  Tak kira di mana kita berada, Surya S Great Grain masih boleh diminum kerana adanya dalam bentuk sachet. 



Jom cepat-cepat dapatkan Surya S Great Grain supaya tubuh badan mendapat kesemua khasiat kelima-lima makanan Sunnah ini. Surya S Great Grain boleh didapati di semua  cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan terpilih & Shopee. 

Jika ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Surya S Great Grain ( seperti cara pembelian, harga dan etc), boleh layari di
FB: https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
https://www.instagram.com/surya.malaysia/


Buka Puasa Di Flemington Hotel, Taiping Selepas Satu Hari Spring Cleaning

Sebelum raya haritu, saya dan keluarga mertua buat spring cleaning besar-besaran rumah mertua. Untuk nak sambut raya satu. Satu lagi pada raya kedua, ada majlis pertunangan adik ipar. Since ada dua occasion yang besar punya pada dua hari berturut-turut, kenalah beramai-ramai kerah tenaga untuk kemaskan rumah mertua.


Actually, my SIl ada upah orang untuk buat spring cleaning. My SIL nak bayar RM100 just untuk bersihkan dua area iaitu ruang tamu dan bilik tidur mimi. Agak banyakkan my SIL nak bayar. Tapi bila dah sampai harinya, patut kata nak datang pukul 10am, dia whatapps terpaksa pukul 12. Tunggu sampai pukul 1 at the end orang upah tu off hp nya selepas my SIL call banyak kali.





Jadi kami-kami ajealah yang terlibat dengan aktiviti spring cleaning. Selepas spring cleaning, my SIL belanja buka puasa di Flemington Hotel, Taiping. Dah penat-penat spring cleaning denga tengah puasa lagi, tak lalu dah nak memasak untuk berbuka.



Rate berbuka di Di Flemington Hotel, satu pax RM30 sahaja. Kids free. Food choices, banyak juga pilihannya. Ada kambing bakar, lauk-pauk, pencuci mulut yang mostly tempatan, ABC, nasi kambing, cucur udang dimakan dengan kuah kacang, variety of bubur dan mee sup.









Rasa semua makanan not bad. Kuah sup mee sangat strong dengan spices. Tapi Dak Zafran boleh makan dengan jayanya. Selalu dia tak akan makan kalau rasa lain dari lain ni. Mee sup ni dia makan banyak pulak.


Untuk bubur kacang, yang ni ada kurang sedikit..Kurang banyaklah. Sebab dah macam tak ok. Kambing bakar pun ok. Teksturnya lembut. Sos black pepper tak pedas. Just nice.


Selepas tenaga dan dikembalikan selepas hilang semasa aktiviti spring cleaning, pergi shopping di Taiping Central. Selepas tu barulah balik rumah.



Buat spring cleaning semasa puasa, tak adalah selepas tu jadi terlalu penat sangat atau pancit. Rasa lapar dan dahaga sangat pun tak ada. Sebab buat ramai-ramai dan sesama keluarga kan. Macam buat sambil seronok-seronok pun ada. Paling penting dapat have fun sesama keluarga.

19 June 2019

Turun Berat Badan Secara Sihat Dengan Pengambilan Surya S Great Grain

Fuhhh..Dapat jugak turun berat badan  sebanyak 3kg bulan puasa haritu. Misi nak dapat balik berat badan anak dara bakal tercapai.

Berjaya turun berat badan sebanyak 3kg

Eh ada orang kata memang dapat turun sebanyak tu. Puasa sebulan kan. Eh no no no bagi saya. Kalau ikut sejarah puasa tahun-tahun sebelum ini, tak turun tau berat badan. Even 0.5kg pun tidak. Puasa untuk setengah hari tapi bila dah menkedarah time berbuka, memang tak dapatlah nak turun berat badan.

Jadi, macam mana kali ini saya berjaya menurunkan berat badan. Caranya ialah mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu senaman ringan dan juga pengambilan makanan yang seimbang. 

Salah satu cara untuk pengambilan makanan yang seimbang ialah dengan pengambilan minuman kesihatan Surya S Great Grain.  Ini kerana produk ini adalah untuk mereka yang peka dengan kesihatan dan keluarga yang ingin mencapai gaya hidup yang lebih sihat, dengan kandungan kebaikan yang diperoleh daripada 5 makanan sunnah selain 18 jenis multi-bijirin, formulasi ini unik dalam landskap multi-bijirin Malaysia.


Lima Makanan Sunnah terdiri daripada Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan Madu. Manakala 18 Bijirin Terdiri daripada beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitan, benih chia, beras pulut.


23 bahan inilah yang membantu pengurusan  berat badan dengan cara sihat. Jika nak dapatkan penurunan berat badan yang ketara pada bulan puasa seperti saya atau lagi bagus dari saya, minum Surya S Great Grain sahaja ketika sahur. Surya S Great Grain sangat terbaik pada bulan Ramadhan kerana mampu membekalkan tenaga sepanjang berpuasa. Kandungan protein dan serat juga tinggi.

 Surya S Great Grain telah pun dijamin HALAL oleh JAKIM!

Kalau terlajak bangun sahur yang tinggal 10 minit sebelum masuknya Subuh (sayalah tu), masih lagi sempat minum Surya S Great Grain. Surya S Great Grain sangat senang untuk disediakan. Hanya tuang serbuk ke dalam air panas. Kacau dan terus boleh minum jika dah suam. Rasanya pula pun cukup enak dan tidak muak langsung.



Selain membantu menurunkan berat badan, paras glukosa dalam darah dapat dikawal dengan pengambilan Surya S Great Grain. Lima makanan Sunnah pula membekalkan sumber antioksidan yang baik dan  dapat meningkatkan imuniti, melindungi kesihatan jantung dan juga baik untuk kesihatan kulit.
 
Jadi cepat-cepatlah dapatkan Surya S Great Grain supaya dapat membantu mengembalikan berat badan ideal dan juga menjaga kesihatan. Surya S Great Grain boleh didapati di semua  cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan terpilih & Shopee. 

Jika ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Surya S Great Grain ( seperti cara pembelian, harga dan etc), boleh layari di

12 June 2019

Majlis Pertunangan Mimi & Adi Dengan Tema Songket & Kurta Maroon

Bila adik ipar bongsu yang tinggal dia seorang jea belum yang berkahwin lagi, telah mengambil langkah mengakhiri zaman bujang, adik-beradiknya yang lain apalagi memang excitedlah nak preparation yang terbaik untuk majlisnya. Termasuklah ipar-iparnya sekali tumpang excited.



Maksud prepare terbaik bukanlah grand sampai mengunakan kos yang tinggi. Tak grand tapi boleh meriah. Tak guna kos tinggi tapi still nampak berseri dan stunningzzz.


Macammana majlis pertunangan mimi & adi yang diadakan pada raya kedua boleh jadi meriah dan berseri. Kami sekeluarga mengenakan busana yang sama tema. Kaum perempuan mengenakan songket maroon, yang lelaki pula tema kurta maroon dan seluar hitam. Dak Zafirah pulak pakai gown maroon.



Pelamin pertunangan bertemakan garden dan warna off white. Busana pertunangan mimi warna grey. Bila warna grey bergabung dengan warna maroon dan background offwhite, fuhhh dalam gambar cantic gilosss. Naik seri sangat. Combine tema tradisional (baju keluarga) dengan tema garden (pelamin dan hantaran) pun nampak menjadi.

 


Gambar pulak mimi upah photographer yang pro untuk ambil. Memang semua gambar pertunangan mimi cantic-cantik. Tak ada defect langsung. Bolehlah cuci untuk  di frame kan dan dijadikan official gambar raya tahun ini since raya first tiada photoshoot. Photographer yang patut ambil gambar time raya first nya tak available. 





Adik ipar dan tunangnya ikat tali pertunangan selama setahun. InsyaAllah melangsungkan perkahwinan tahun depan. Kami berdoa segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT. Aaminn.

11 June 2019

Raya 2019 Photoshoot At One Of Historical Building In Taiping

Selamat Hari Raya kepada semua umat islam. Walaupun hari ini adalah hari ketujuh Syawal, tapi tak adalah terlewat lagi nak wish raya kan. Masih dalam bulan raya lagi. Mood raya apatah lagi. #moodkerjamasihlemau




Tahun ini raya di Taiping. Giliran beraya di kampung husband. Stail kami balik raya di satu kampung sahaja dan giliran bertukar setiap tahun. Buat cara macamni lebih menjimatkan masa dan kos. Raya dapat dihayati dan disambut dengan lebih baik. Ini cara kami berdua.


Actually kalau awal raya tak disambut di kampung satu lagi, bukanlah kami langsung tak akan beraya di kampong yang tak balik ni. Kami akan balik jugak dalam bulan Syawal. Contoh kalau awal raya disambut di belah saya, dalam hujung minggu kedua or ketiga bulan syawal akan balik belah Kimchi pulak. Just time balik dah tak ada keluarga adik-beradik Kimchi berkumpul lah. Tapi tak apa, paling penting melawat mak abah Kimchi.





Berbalik pasal raya 2019 iaitu di rumah parents Kimchi, plan nak photoshoot raya di bangunan lama yang ada di bandar Taiping. Taiping kan bandar bersejarah. Sangat banyak bangunan bersejarah yang cantik untuk dijadikan lokasi untuk photoshoot.


Photograhper pun dah book. Tapi itulah. Kita mampu merancang tapi Allah SWT yang menentukan segala-galangya. Photographer last minute tak free. So photoshoot sendiri sahajalah.Mula-mula bergambar di hadapan rumah parents Kimchi. Lepas tu baru pergi ke bangunan mahkamah lama. 




Mahkamah lama ni sangat authentic dan cantik dijadikan tempat bergambar. Tapi terlampau banyak sangat kesan peninggalan vandalism. Boleh nampaklah banyak contengan pada dinding bangunan bersejarah ni. 


Owh yea, warna tema baju raya kami adalah brown. Jadi naikkan lah dalam gambar bila baju warna brown dan background pula iaitu bangunan lama ni mostly warna putih.


Time bergambar ada orang yang boleh tolong ambilkan gambar kami sekeluarga. Thankslah brader kerana sudi ambik gambar kami supaya semuanya ada dalam gambar raya tahun ini.



Nak bergambar lagi di port lain tapi terpaksa batalkan niat tersebut. Macam biasa budak-budak tak boleh beri kerjasama. Dah start meragam. Cuaca pun dah start panas. Jadi, hanya mahkamah lama sahajalah tempat bergambar untuk raya tahun ini.


Kepada semua yang mengenali saya, saya nak minta maaf zahir dan batin. Harap maafkan saya jika ada salah dan silap.