Tu sebablah
ambil masa lebih sebulan untuk preparation sebelum hari kejadian. Alhamdulillah
family day berjalan lancar. Paling penting semuanya terutamanya kids
tersangatlah having fun. (please excuse my Bahasa rojak in my writing. Nama pun
tulis santai-santai untuk blogging)
Family Day
Geng Legend berlangsung selama dua hari. Lokasinya yang telah sebulat suara
dipersetujui oleh semua rakyat jelata geng legend adalah Melaka. Actually ini adalah
Family Day Geng Legend yang kedua. Dah pernah ada dah family day dah sebelum ni
iaitu pada tahun lepas, iaitu di Cameron Highland. Tapi kami tak dapek nak join atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. (I know this
reason is so clise. Tapi memang tak boleh nak join).
So, bagi kami ini family
day yang pertama yang at last dapat join juga akhirnya dimulakan dengan dengan sarapan
togather gather di Roti Canai Arang, Melaka. Bila breakfast di Melaka, maknanya
wajiblah kena gerak dari rumah masing-masing betul-betul selepas Subuh. Bukan
selepas Subuh pukul 9 10 am macamtu tau. Selepas Subuh maknanya pukul 7 pagi tu
dah patutnya on the way.
Kami
sekeluarga sedaya upaya, tapi ter delay jugak hampir dua jam. Sampai di Roti
Canai Arang dalam pukul 11. Late breakfast dah. Alang-alang dah late, makan
untuk lunch terus ajealah.
Roti Canai
Arang adalah salah satu tempat makan yang viral di Melaka. Kalau dah nama
viral, maknanya kedai ni penuh dengan rakyat Malaysia.
Kami berdua
order nasi lemak dan roti canai kayu arang. Banyakkan kami berdua order. Dah
nama pun makan untuk lunch sekali. Kenalah ada order nasi.
Nasi Lemak
nya siap ada sayur kangkung. Itu kelainannya. Rasanya boleh tahan jugak
sedapnya especially sambal bilis.
Ok yang
signature dish iaitu Roti Canai Arang. Rasanya hmmm. Rasa Roti Canai. Kuahnya
pulak kuah dal. Rasa dal lah. Tak tahu apa yang kelainannya yang menjadikan
special sekaligus viral. Bagi saya sama jea macam Roti Canai mamak. Ke saya
yang tak pandai rasa. Tapi Dak Zafran makan dengan banyak roti canai ni. Sampai
sekeping setengah dia makan.
Selesai
makan, tanpa membuang masa terus pergi buat aktiviti seterusnya seperti yang
termaktub dalam itenari kami.
woww.sedapnya roti kayu arang..:)
ReplyDeletemungkin sebab dimasak dengan arang rasanya sedikit lain.. hehehe.. tu yang viral..
ReplyDeletekalau kuah kari sedap sikit kot
ReplyDelete