Sarapan Di Roti Canai Kayu Arang, Melaka │ Pembuka Tirai Geng Legend Family Day

Boleh tahan lama jugak weyhh planning dan diskusi untuk family day gend legend ni. Yeala semua benda kena fikirkan sebab almost everything is DIY. Jadi kena buat ‘To Do’ list. Selepas sudah list down, barulah boleh bahagikan tugas among members.




Tu sebablah ambil masa lebih sebulan untuk preparation sebelum hari kejadian. Alhamdulillah family day berjalan lancar. Paling penting semuanya terutamanya kids tersangatlah having fun. (please excuse my Bahasa rojak in my writing. Nama pun tulis santai-santai untuk blogging)

Family Day Geng Legend berlangsung selama dua hari. Lokasinya yang telah sebulat suara dipersetujui oleh semua rakyat jelata geng legend adalah Melaka. Actually ini adalah Family Day Geng Legend yang kedua. Dah pernah ada dah family day dah sebelum ni iaitu pada tahun lepas, iaitu di Cameron Highland. Tapi kami tak dapek nak join atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. (I know this reason is so clise. Tapi memang tak boleh nak join). 





So, bagi kami ini family day yang pertama yang at last dapat join juga akhirnya dimulakan dengan  dengan sarapan togather gather di Roti Canai Arang, Melaka. Bila breakfast di Melaka, maknanya wajiblah kena gerak dari rumah masing-masing betul-betul selepas Subuh. Bukan selepas Subuh pukul 9 10 am macamtu tau. Selepas Subuh maknanya pukul 7 pagi tu dah patutnya on the way.

 


Kami sekeluarga sedaya upaya, tapi ter delay jugak hampir dua jam. Sampai di Roti Canai Arang dalam pukul 11. Late breakfast dah. Alang-alang dah late, makan untuk lunch terus ajealah.
Roti Canai Arang adalah salah satu tempat makan yang viral di Melaka. Kalau dah nama viral, maknanya kedai ni penuh dengan rakyat Malaysia. 

 
Kami berdua order nasi lemak dan roti canai kayu arang. Banyakkan kami berdua order. Dah nama pun makan untuk lunch sekali. Kenalah ada order nasi.


Nasi Lemak nya siap ada sayur kangkung. Itu kelainannya. Rasanya boleh tahan jugak sedapnya especially sambal bilis.
Ok yang signature dish iaitu Roti Canai Arang. Rasanya hmmm. Rasa Roti Canai. Kuahnya pulak kuah dal. Rasa dal lah. Tak tahu apa yang kelainannya yang menjadikan special sekaligus viral. Bagi saya sama jea macam Roti Canai mamak. Ke saya yang tak pandai rasa. Tapi Dak Zafran makan dengan banyak roti canai ni. Sampai sekeping setengah dia makan.


Selesai makan, tanpa membuang masa terus pergi buat aktiviti seterusnya seperti yang termaktub dalam itenari kami.

Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. woww.sedapnya roti kayu arang..:)

    ReplyDelete
  2. mungkin sebab dimasak dengan arang rasanya sedikit lain.. hehehe.. tu yang viral..

    ReplyDelete
  3. kalau kuah kari sedap sikit kot

    ReplyDelete