Ramadhan Buffet Di Best Western I-City Shah Alam│Tempat Zafran Suka Makan Roti John

Masa mula-mula sampai ramadhan buffet di Best Western I-City, Zafran nya buat tak tau jea dengan juadah-juadah yang ada di situ. Dia dengan handphone nya sahaja. Tak kisahlah ada makanan favourite depan matanya tak.


Since Zafran pun buat tak tahu dengan dia pergi baringnya di atas bangku di situ, kamilah berbuka puasa dengan semua juadah yang ada di buffet di situ dengan tenangnya.
Sangat banyak pilihan buffet Ramadhan di Best Western I-City. Ada nasi arab, pasta stall, abc stall, roti john, tempura, lauk-pauk, kuih-muih tempatan, dessert pun ada, ice cream. Yang paling menarik siap ada durian stall lagi. Buah durian dibelah dan dihidangkan secara live di hadapan pengunjung-pengunjung. Sekali ambil boleh satu pinggan yang ada tiga ulas. Isinya nipis tapi rasanya sedap dan manis. Tak liat/keras.


Satu lagi yang saya suka di buffet Best Western ni ada pasta stall. Boleh request nak jenis apa dan dia akan masak ikut taste yang kita nak. Macam nak pedas lebih ke. Cheese lebih ke. Request jea kat chef tu.
Bila dah siap makan dan masa tu pun nak gerak balik sebab nak dekat pukul 9, tiba-tiba Zafran stop main handphone. Tak taula kenapa stop. Hp panas ke. Ke sebab lapar. Tiba-tiba nak jalan-jalan di area outdoor. 



Haa space buffet ni terbahagi pada dua iaitu indoor dan outdoor. Kalau stall melibatkan masak-masak dan bau-bau kuat seperti pasta stall dan durian tu, stallnya di area outdoor tu. Di outdoor juga boleh lihat permandangan lampu-lampu warna-warni icity dari atas.


Ok sambung cerita Zafran tadi. Dia ajak pi tempat outdoor tu. Tunjuklah kat dia roti john. Kot dia lapar. Terus dia cakap nak. Ambik satu potong dan pergi ke tempat duduk, habis dia makan. Pastu tambah lagi  dan habis. Tambah lagi dan habis. Eh suka pulak dia makan roti john. Sampai habislah roti john kat chafing dish tu. Lapar kot.


Sebelum tu dah suapkan pun spaghetti bolognaise. So, makan roti john banyak bukan la sebab lapar. Sebab roti john sedapla tu. Hehe.
Susah tau nak tengok Zafran makan banyak ni. Kadang-kadang sampai kena civil war dulu dengan budak tu. Itupun adalah beberapa suap dia makan. Ahaks.

 Papa dan adik kenalah tunggu sebab Dak Zafran nak makan roti john
Plan asal nak pi shopping di Sogo  di I-City selepas berbuka. Tapi dah drag masa punya pasal, shopping dalam mimpi ajolah. Sebab Dak Zafran suka roti john di Ramadhan buffet, Best Western I-City punya pasal..kuikuikui.

Share this:

CONVERSATION

4 comments:

  1. ray x penah lg pegi sini tp ade yg ckp makanan kt sini best

    ReplyDelete
  2. anak-anak nie kalau datang mood suka makan memang seronok layan.. Tapi kalau dia tak nak, memang boleh perang dibuatnya..

    ReplyDelete