Geng Legend Lepak Santai Sambil Minum Coconut Shake Di Pantai Klebang, Melaka

Plan asal nak minum Coconut Shake Pantai Klebang. Tapi Geng Legend tak sanggup nak hadap beratur panjang. Tunggu lama di tempat viral nih. Cukuplah kena di tempat first stop iaitu Roti Canai Kayu Arang. Rasanya tak adalah special mana. Tak cakap tak sedap, rasa pelik ke apa. Just nothing special.




So, sampai-sampai Pantai Klebang, santai-santai lihat permandangan pantai sambil menikmati angin pantai. Lihat gelagat kanak-kanak riang main pasir. Cubaan nak mandi pantai pun ada. Mak pak cuba nak elak anak-anak masing-masing meminta-minta mandi pantai, ada yang sewa set bubbles. Main bubbles di tepi pantai.


Bila dah anak-anak dah sibuk dengan aktiviti masing-masing, geng-geng orang besar apalagi duk bergambar ajealah. Cubaan untuk bergambar time lompat beramai-ramai pun ada. Geng pak pak la yang paling menjadi ambik gambar lompat serentak ni. Masing-masing dengan pose yang berbeza.



Geng mak mak hampir sepesen jea pose. Pahtu dengan lompat tak berapa nak tinggi. Yeala namapun perempuan. Sifat malu dan sopan-santun masih tersemat di dalam diri. Kuikuikui.


Bergambar lompat bagai-bagai ni boleh tahan jugak penatnya. Lepas tu mak pak terduduk sebab dah pancit.



Tak lama selepas tu, semuanya cari coconut shake yang ada dijual berdekatan di situ. Tak minum Yang Klebang ori punya tak apalah. Janji minum coconut shake jugak. Rasanya lebih kurang jea.




Duduk bersantai-santai sambil minum coconut shake. Habis jea minum, terus gerak ke homestay. Homestay inilah yang Geng Legend tak sabar-sabar nak sampai. Sebabnya di situlah akan mula kemuncak Geng Legend Family Day.

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. Sedap dapat minum coconut shake time panas-panas nie..

    ReplyDelete
  2. coconut shake mana2 sama je... yg penting jgn campur dgn air mmg trs x ori

    ReplyDelete