Iftar Di Nuin Café, Bangi Untuk Meraikan Mertua Balik Dari Umrah
Mak dan Ayah mertua
mula mengerjakan umrah betul-betul sebelum masuknya Ramadhan. Jadi depa berdua
berpeluang menyambut Ramadhan di tanah suci. Rezeki sangat-sangat.
Lebih kurang seminggu berpuasa,
mertua selesai menjalankan ibadah umrah. Jadi sempena mertua balik dari umrah,
keluarga enal, saya dan juga mel iftar bersama-sama di Nuin Café. Saudara-mara
belah ayah mertua pun join sekali iaitu Anis, Nurul, Maklang, Cu, Shafiq dan Syamim.
Nuin Café adalah di
Bangi. Makanan yang ada di buffet Ramdhan ini adalah lauk pauk, kambing bakar,
ayam bakar, coleslaw, French fries, mee rebus, kuih-muih tempatan, spaghetti oglio.
Dengar macam pilihan quite limited. Tapi kena dengan harga buffet Ramadhan yang sangat
berpatutan.
Yang paling penting,
rasa semua makanannya sangat sedap tau. Terutamannya lauk-pauk, kambing bakar,
semuanyalah. Kambing pun tak liat. Tak ada yang pelik-pelik ni. Memang recommended
buka puasa dengan harga berpatutan di sini.
Selesai buka puasa dan
solat, shopping raya di Bangi. Actually bukan shopping baju raya sangat pun. Lebih shopping baju
untuk SIL punya E-day. Yes, my SIL getting engaged! Doa banyak-banyak semoga
urusan hingga nikah dipermudahkan oleh Allah SWT.
Bulan Ramadhan tahun
ini banyak perkara baik-baik happen in families. Syukur Alhamdulillah. Berdoa kepada
Allah SWT semoga perkara baik-baik sebegini berterusan. Aaminn.
berapa RM untuk seorang buffet ramadhan ni sis?
ReplyDeletedalam RM30/pax
Deletekalau dekat ray nak jugak try pegi sini
ReplyDeleteabe kie pula nak iftar di umah mentua ptg ni di Pasir Mas.
ReplyDeletebangi area mn nuin cafe ni?
ReplyDeletekonsep iftar yang menarik.. boleh bersila..
ReplyDelete