16 May 2019

Kemuncak Geng Legend Family Day Di Mutiara Alai Homestay, Melaka │Part 2

Dah malam, bersiap-siap untuk aktiviti malam pula iaitu BBQ. Selepas dah siap, pak-pak BBQ. Kaum mak mak pula prepare barang-barang basah, oden (yea oden pun ado), nasi, air dan semuanyalah.



Dah siap makan sambil membawang, yang mana dah pancit tidur dahulu. Yang pak-pak, depa duk main PS sampai pukul berapa entah. Semangat tul bawa set PS..dengan set projector sekali bhai.. Memang hilanglah rasa mengantuk . Patutnya pak-pak cepat pancit dulu sebab depa yang drive.



Esoknya breakfast dengan yang extra BBQ malam tu. Untuk nasi, yang nasi lebih buat nasi goreng. Pastu beli nasi lemak untuk tambah. Semua yang frozen food extra, goreng habis. Senang tak perlu bawak balik. Lagipun budak-budak confirm lapar. Depa duk sambung lagi main swimming pool kot sampai nak check out.




Sampai dah check out, ada majlis penyampaian hadiah untuk semua pemenang. Me and Kimchi menang acara lari berpasangan yang under kategori laki bini. Macam tak caya hebat gak kami berdua. Hashtag done riak. Kahkahkah. Cabutan bertuah pun ada. Teka kacang pun ada yang dimenangi oleh Izah.



So, tamat sudah aktiviti family day di Mutiara Alai Homestay Homestay, Melaka tapi masih belum tamat lagi untuk hari itu.


Sebelum cerita next aktiviti, saya nak review tentang homestay ini. Nama pun tulis di blog. Kena selitkan review review ni. Overall homestay ini, oklah. Kemudahan untuk aktiviti family day dan BBQ itu hampir lengkap. Harga pun berpatutan. Cleanliness bilik pun baik. 

Cuma tang mandi tu. Shower dan air panas untuk bilik saya, langsung out of service. Kalau nak mandi kena tadah air dalam baldi. Maybe pressure tak cukup kuat sebab ramai guna shower pada masa yang sama.



Tak apalah. Paling penting semuanya having fun terutamanya kanak-kanak riang. Mutiara Alai Homestay, Melaka sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan tempat hari keluarga.

1 comment: